- Rancang perjalanan anda di Kuala Lumpur. Elakkan waktu sesak hari bekerja seperti jam 7-9 pagi, 12.30 - 2.00 petang, 5.00 - 7.30 petang.
- Pastikan anda tahu arah tujuan dan dapatkan gambaran dengan mendapatkan peta atau pelan dari rakan-rakan.
- Pastikan anda berada di lorong yang betul kerana kesilapan lorong boleh membawa anda ke laluan salah.
- Sentiasa lihat pada papan tanda untuk mengelakkan anda tersesat.
- Jika anda terlajak atau tersalah jalan, pastikan anda tahu arah jalan tersebut, jika tidak dapatkan pusingan U yang terhampir kerana mungkin anda lebih jauh tersesat.
- Pastikan anda tidak memandu terlalu perlahan atau ke kiri ke kanan kerana anda mungkin menjadi mangsa 'Horn' pemandu lain.
- Jangan meletak kenderaan anda di kawasan larangan kerana mungkin anda di saman atau ditarik oleh lori penunda.
- Gunakan laluan utama untuk mengelakkan anda tidak mudah sesat.
- Jadikan bangunan tinggi sebagai penanda kawasan seperti KLCC, Menara KL, Shopping Complex dan sebagainya.
- Pastikan anda sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya.
December 6, 2009
Tips memandu di Kuala Lumpur
Author: shuk
| Posted at: 10:30 PM |
Filed Under:
Memandu
|
Jika anda kali pertama sampai ke Kuala Lumpur atau kali pertama akan memandu di Kuala Lumpur, tips berikut boleh dijadikan panduan kerana pemanduan di luar Kuala Lumpur mungkin berbeza. Ramai yang pertama kali memandu di Kuala Lumpur mempunyai pengalamannya sendiri. Antara tips adalah seperti berikut:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
bagus tip ni...tp mcm mana kalau kita orang yg kena keje masuk kul 8 pg ni..memang suka tak suka kena juga lalu sesak ni..
Pass by from Innit :) Have a really nice day!
bagi warga KL, mmg dah biasa dengan jalan KL. Rasanya kalau pejam mata pun boleh memandu sebab tiap2 hari menggunakan jalan tersebut.
Paling azab kalau pergi KL time waktu sesak.Pernah sekali tersangkut dari Jalan Duta nak ke Times Square 1jam lbh padahal dekat je, berape minit je pun.Memang lepas tu jaga time la tambah2 waktu puncak
Post a Comment