Semasa remaja, saya pernah menjadi pelipat baju untuk keluarga saya bersaiz 9 orang(!!) yang koleksi bajunya adalah sebanyak dua bukit kecil. Saya melipat setiap satu seperti di gambar sambil menonton televisyen dan mengambil masa sehingga 2 jam!
Apabila saya sendiri beranak-pinak, saya rasa tak mampu menghabiskan keseluruhan malam saya hanya untuk melipat baju. Saya berhempas pulas mencari akal untuk memudahkan kerja saya. Akhirnya - ilham! Baju yang sudah saya gantung semasa menyidai, saya angkat dan gantung terus ke dalam almari. Untuk lebih kemas, saya cuma terbalikkan semula baju yang terbalik. Ini termasuklah, tshirt harian suami dan anak2 saya. Yang tidak dapat digantung cuma kain pelekat dan batik serta anak2 baju sahaja!
Dipetik dari: http://mengemasrumah.blogspot.com/2009/04/tips-melipat-baju.html
0 comments:
Post a Comment