1. Belajar membina minisite/website/blog bagi tujuan jualan.Tak kira sama ada yang berbayar atau percuma.
2. Kumpul senarai email dan pilih autoresponder yang terbaik.Ini sangat penting untuk pemasaran email
3. Rajin bertanya di forum perniagaan internet seperti di sini.
4. Jika anda ada perniagaan offline,kembangkan pemasarannya kepada online.Ramai peniaga offline seperti penjual tudung dan pakaian telah berjaya mendapat keuntungan berlipat kali ganda setelah memasarkannya
melalui internet.
5. Gunakan laman web mudah.my sebagai medium pemasaran produk fizikal,hartanah,automotif dan lain-lain produk yang sesuai.Keberkesanannya telah terbukti.
6. Jangan mudah terjebak atau terpedaya melalui penipuan di internet.Gunakan enjin carian seperti Google dan Yahoo untuk selidik dan siasat.
7. Kaji teknik usahawan internet yang berjaya dan aplikasikan teknik yang mereka lakukan.
8. Jangan bertangguh.Untuk mengatasi masalah ini memang memerlukan disiplin yang cukup tinggi.Lakukan perancangan masa dan berdisplin untuk ikut perancangan tersebut.
9. Dapatkan seorang mentor yang boleh membimbing anda.Tunjukkan komitmen anda untuk berjaya dan jangan hanya minta disuapkan ilmu dari mereka sahaja.
10. Melabur.Jangan berkira untuk melabur untuk mengembangkan perniagan internet anda.Money makes money.
Dipetik dari: www.wangcyber.com
March 4, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment