Salam. Anda tentu pernah dapat banyak email spam setiap hari. Sudah tentu hal ini akan mengganggu emel penting kita. Nak padam emel ini sayang pula.
Apa kata anda asingkan emel anda ikut kategori.
Contohnya:
ali.main@emel.com untuk emel utama (jangan guna)
ali.biz@emel.com untuk bisnes
ali.net@emel.com untuk networking seperti Facebook, Myspace, Twitter
ali.spam@emel.com untuk laman web yang kena isi nama dan emel untuk download
ali.com@emel.com untuk kawan-kawan
Emel ali.main@emel.com hanya guna untuk baca semua emel yang kita ada. Ini bermakna, anda hanya buka ali.main@emel.com untuk baca semua emel tanpa perlu buka yang lain.
Anda perlu setting pada semua emel Gmail yang lain untuk ali.main@emel.com dengan klik "Tetapan" dan klik tab "Akaun dan import". Klik "Hantar mel dari alamat lain". Dan seterusnya masukkan emel anda yang lain dan ulang langkah yang sama untuk semua emel.
Kemudian anda perlu setting pada semua emel lain dengan Klik Tetapan dan klik tab Mengirim semula dan POP/IMAP. Pilih "Kirim semula salinan mel masuk kepada". Masukkan emel anda. Pilih "Padam salinan Gmail". Jangan lupa klik "Simpan Perubahan."
Selepas anda set semua ini pada semua emel, tak perlu "daftar masuk" akaun emel yang berbeza untuk baca emel berbeza. Hanya "daftar masuk" pada emel utama. Perlu ingat, emel utama jangan guna untu hantar dan terima emel (rahsiakan).
Kalau tak faham, boleh tonton video:
Klik di sini untuk tonton video spam stopper
Dipetik dari: www.wangcyber.com
March 4, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment