February 20, 2012

PETUA HILANGKAN SAKIT PERUT DAN CIRIT-BIRIT

Petua pertama :
Buatkan air teh o pekat tanpa gula dan minum, insyaAllah cirit birit akan hilang


Petua kedua : 
Ambilkan satu sudu tepung gandum dan segelas air suam, selepas itu campurkan satu sudu gandum tersebut ke dalam air suam dan kacau sehingga tepung gandum tersebut larut. Selepas itu pastikan tepung gandum yang tak sebati itu mendap terlebih dahulu sebelum minum (Petua ini aku belum mencuba lagi disebabkan tepung gandum di rumah aku kehabisan stok, sebarang risiko di tanggung oleh anda dan aku tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat kesan sampingan.
Baca seterusnya...

February 18, 2012

Petua Menurunkan Berat Badan Dengan Air

Air kosong adalah sangat penting dalam proses untuk menurunkan berat badan. Dengan mengamalkan minum air yang banyak setiap hari, anda dapat mengurangkan berat badan dengan mudah dan murah tanpa memerlukan bantuan 'supplement' atau pembedahan.

Petua turunkan berat badan dengan air kosong:

1)Jumlah air kosong yang perlu diminum sehari dalam unit ml =
(40 X berat badan dalam kg)+ 500 ml

contoh pengiraan:
Berat badan Ali ialah 75kg.
(40 X 75)+ 500 = 3620 ml
Ali perlu minum air sekurang-kurangnya 3620 ml atau 3.62 liter air kosong sehari untuk menyeimbangkan berat badan.


2) Minum tambahan air kosong sekali ganda dari air berperisa yang diminum.

contoh:
Ali minum segelas air teh tarik di kedai mamak. Jadi Ali perlu minum tambahan segelas air kosong untuk menyeimbangkan berat badan.


Sebenarnya tidak susah untuk minum air kosong yang banyak. Minum air kosong sedikit demi sedikit dengan kerap. Contohnya minum segelas air setiap setengah jam. Untuk memudahkan sukatan, guna botol mineral kecil 500ml untuk sukatan. Jika anda perlu minum 3500 ml, anda perlu minum sebanyak sukatan 7 botol mineral kecil.

Berikut adalah kelebihan minum air kosong:

1) Kurang rasa lapar, sekaligus selera makan akan berkurang.
2) Buah pinggang dapat bekalan air yang cukup untuk memproses pembakaran gumpalan lemak.
3) Mengatasi masalah sembelit dan buasir.
Baca seterusnya...
Related Posts with Thumbnails
 

Recent Visitors

Followers

Categories

Anak (3) Automotif (7) Bayi (10) Berbelanja (3) Bisnes (4) Blog (7) Blogger (2) Cinta (4) Emosi (1) Fesyen (2) Haiwan (4) Hubungan (11) Ibubapa (11) Iklan (1) Internet (4) Islam (1) Isteri (3) Keagamaan (1) Kecantikan (18) Keluarga (8) Kemahiran (1) Kerja Rumah (2) Kerjaya (4) Keselamatan (1) Kesihatan (39) Kewangan (3) Komputer (4) Laman web (4) Lelaki (3) Makanan (6) Memancing (2) Memandu (5) Mental (1) Motivasi (1) Outdoor (1) Panduan (1) Pekerjaan (2) Pelajar (3) Pelancongan (3) Penampilan (4) Pendidikan (4) Pengiklanan (1) Perasaan (1) Perhubungan (3) Perkahwinan (2) Permainan (1) Pertanian (1) Pertukangan (1) Petua (5) Rambut (3) Remaja (1) Rohani (1) Rumah (2) Tanaman (1) Teknologi (2) Telefon (1) Tidur (3) Tips (15) USB (1) Wanita (10) Wayang (1)

Tips dan Petua Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template