Showing posts with label Memandu. Show all posts
Showing posts with label Memandu. Show all posts

December 14, 2009

Tips untuk menunggang motosikal


Jika anda mat motor, mat rempit atau bakal menjadi pelumba MotoGP, sila ikuti tips berikut untuk pemanduan yang selamat:
  1. Sebelum memandu, pastikan anda mempunyai lesen, sekurang-kurangnya lesen L. Jika tiada, baik lupakan hasrat anda untuk memandu
  2. Jika anda mempunyai lesen, pastikan anda semak lesen anda. Adakah ia masih belum tamat tempoh?
  3. Sebelum menaiki motosikal, pastikan periksa tekanan tayar, kunci mangga telah dibuka (jika berkunci), rujuk nombor plat supaya anda tidak tertukar motor
  4. Semasa naik, pastikan anda membaca 'Bismillah'
  5. Setelah motor dihidupkan, periksa signal, break, lampu depan serta belakang, betulkan cermin sisi dan pakai topi keledar
  6. Sebelum bergerak, pastikan anda memandang belakang, tepi dan depan
  7. Mulakan perjalanan anda perlahan-lahan
  8. Dan yang terakhir, pastikan anda sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya
Semoga selamat ke destinasi
Baca seterusnya...

December 6, 2009

Tips memandu di Kuala Lumpur


Jika anda kali pertama sampai ke Kuala Lumpur atau kali pertama akan memandu di Kuala Lumpur, tips berikut boleh dijadikan panduan kerana pemanduan di luar Kuala Lumpur mungkin berbeza. Ramai yang pertama kali memandu di Kuala Lumpur mempunyai pengalamannya sendiri. Antara tips adalah seperti berikut:

  1. Rancang perjalanan anda di Kuala Lumpur. Elakkan waktu sesak hari bekerja seperti jam 7-9 pagi, 12.30 - 2.00 petang, 5.00 - 7.30 petang.
  2. Pastikan anda tahu arah tujuan dan dapatkan gambaran dengan mendapatkan peta atau pelan dari rakan-rakan.
  3. Pastikan anda berada di lorong yang betul kerana kesilapan lorong boleh membawa anda ke laluan salah.
  4. Sentiasa lihat pada papan tanda untuk mengelakkan anda tersesat. 
  5. Jika anda terlajak atau tersalah jalan, pastikan anda tahu arah jalan tersebut, jika tidak dapatkan pusingan U yang terhampir kerana mungkin anda lebih jauh tersesat.
  6. Pastikan anda tidak memandu terlalu perlahan atau ke kiri ke kanan kerana anda mungkin menjadi mangsa 'Horn' pemandu lain.
  7. Jangan meletak kenderaan anda di kawasan larangan kerana mungkin anda di saman atau ditarik oleh lori penunda.
  8. Gunakan laluan utama untuk mengelakkan anda tidak mudah sesat.
  9. Jadikan bangunan tinggi sebagai penanda kawasan seperti KLCC, Menara KL, Shopping Complex dan sebagainya.
  10. Pastikan anda sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya.
Baca seterusnya...

Tips memandu di lebuh raya



PEMANDUAN berhemat amat digalakkan dan amalkan sikap bertimbang rasa ketika memandu di lebuh raya.

Jangan memandu secara berbahaya

* Memandu dengan cara yang berbahaya seperti mengekori kenderaan di hadapan dengan terlalu rapat atau memotong dengan cara yang berbahaya boleh menyebabkan kemalangan.
Pandu di lorong sebelah kiri sekiranya tidak memotong kenderaan lain

* Pastikan kenderaan anda sentiasa berada di lorong utama walaupun anda memandu pada kelajuan maksimum yang dibenarkan.

* Tindakan anda memandu di lorong memotong boleh mengganggu kenderaan lain yang menggunakan lorong utama untuk memotong kenderaan anda.

* Sekiranya anda didapati menghalang kenderaan lain di lorong memotong, anda boleh dikenakan denda.

Pandu mengikut had laju yang telah ditetapkan

* Had laju yang ditetapkan di lebuh raya ialah 90km/j dan 110km/j.
* Memandu dengan terlalu laju menyukarkan anda mengawal kenderaan.
* Memandu terlalu laju memerlukan anda melihat lebih jauh ke hadapan.

Ketika memotong kenderaan lain di lebuh raya

* Gunakan cermin sisi dan cermin pandang belakang untuk memerhatikan kenderaan lain.
* Apabila anda berasa selamat untuk memotong, beri lampu isyarat yang betul untuk memotong.
* Setelah memotong, pastikan anda segera kembali ke lorong utama.

Jangan berhenti di lorong kecemasan

* Lorong kecemasan hanya boleh digunakan ketika berlaku kecemasan atau kerosakan kenderaan.
* Pastikan lampu isyarat kecemasan sentiasa dinyalakan sekiranya anda terpaksa berhenti di lorong kecemasan.
* Jangan memotong kenderaan lain menggunakan lorong kecemasan walaupun berlaku kesesakan lalu lintas kerana ia akan merumitkan lagi keadaan.
* Lorong kecemasan dikhaskan untuk kenderaan bantuan seperti Polis, Bomba dan Ambulans yang perlu segera sampai ke tempat kejadian.

Jangan memandu lebih daripada dua jam tanpa berhenti.
* Ia akan menyebabkan anda berasa letih dan mengantuk.
* Kongsi pemanduan anda. Tukar pemandu setiap dua jam walaupun anda tidak rasa mengantuk.

Jangan memandu ketika mengantuk

Pemandu boleh hilang daya pengamatannya jika terlalu penat dan sekelip mata yang terlelap itu boleh mengakibatkan tragedy. Tiada cara lain untuk mengelakkan dari keletihan atau mengantuk selain dari berhenti rehat dan tidur untuk seketika.

Tanda-tanda rasa mengantuk

Sekiranya anda mengalami tanda-tanda ini, besar kemungkinan anda akan mudah terdedah kepada kemalangan.
Pastikan anda mengambil langkah-langkah yang wajar apabila anda merasai tanda-tanda berikut:
* Pedih mata atau berat mata.
* Barangan-angan
* Lambat bertindak
* Keletihan seluruh badan
* Penukaran gear lemah
* Bertambah kelajuan atau berkurangan kelajuan
* Telinga berdesing atau berdengung

Bagaimana hendak mengelakkan mengantuk sebelum memulakan perjalanan anda

* Rancang perjalanan anda, ia satu usaha yang amat bijak dan berharga.
* Mulakan perjalan jauh di waktu pagi, selepas anda mendapat tidur yang secukupnya.
* Pastikan anda sentiasa berada di dalam keadaan cergas dan bertenaga.
* Jangan minum minuman keras atau mengambil ubat yang mengakibatkan mengantuk sebelum atau sewaktu dalam perjalanan.
* Mulakan perjalanan anda dalam suasana yang ceria.
 
Dipetik dari: http://fifapg9.blogspot.com/2009/07/cara-memandu-di-lebuh-raya.html
Baca seterusnya...

November 16, 2009

Tips jika letih semasa memandu

KELETIHAN semasa memandu merupakan punca utama kemalangan jalan raya.
Kemalangan sebegini boleh terjadi pada bila-bila masa, tetapi masa paling kerap ialah di antara pukul 10 malam hingga 8 pagi dan awal pagi hingga tengah hari.
Kemalangan yang berpunca dari rasa letih lazimnya menyebabkan kecederaan yang teruk berbanding kemalangan akibat punca- punca lain.
Pemandu yang keletihan bertindak balas lebih lambat dan pertimbangannya mudah terganggu. Berikut tips untuk mengatasi masalah letih semasa memandu:
  • Perlahankan kereta anda
  • Berhenti dan berehat di tempat yang sesuai
  • Berbual dengan penumpang jika ada
  • Pasangkan radio anda dan cuba menyanyi bersama-sama dengan alunan muzik yang dimainkan
  • Turunkan tingkap kereta agar udara segar dapat masuk atau pasangkan penghawa dingin pada tahap maksimum
  • Keluar dari kereta dan berjalan-jalan sekejap
  • Berhenti sekejap untuk minum
  • Berhenti rehat untuk mandi
  • Bermalam dahulu sebelum memulakan balik perjalanan yang jauh
Baca seterusnya...

Tips memandu dengan berjimat


Dengan memerhatikan tatacara di bawah anda akan dapati bahawa ia akan mengurangkan 30% hingga 50% penggunaan minyak kereta anda.

PEMANASAN ENJIN SELAMA 30 SAAT
Panaskan enjin selama 30 saat sahaja. Enjin kereta panas lebih berkesan semasa kereta bergerak. Memanaskan enjin lebih 30 saat bukan sahaja membazir minyak tetapi boleh merosakkan enjin kerana pelinciran enjin lebih berkesan ketika kereta bergerak. (Kepada yang tak bersetuju... ni CAP yang bagitahu)

ELAKKAN MEMULAKAN PERJALANAN DENGAN KASAR
Tekan minyak perlahan-perlahan ketika memulakan perjalanan.

PANDU DENGAN KELAJUAN SEDERHANA
Tekan pedal minyak dengan lembut (lembut seumpama ditekan bulu ayam.. CAP yang tulis camtu) Memandu di bawah halaju perjalanan lebih menjimatkan minyak daripada memandu laju.

ELAKKAN MENGGUNAKAN GEAR RENDAH
Cuba kekalkan halaju kereta lebih daripada 35 km/jam
Langkah gear dari gear 1 terus ke gear 3 atau 4 ketika kereta menuruni bukit atau melalui jalan rata. Tukar gear secepat mungkin ketika menaiki bukit. Apabila memandu secara automatik, tingkatkan halaju anda dengan segera Jangan andaikan bahawa anda perlu memandu di lebuhraya sahaja untuk menggunakan gear 5. Seboleh-bolehnya pandu dengan gear 5 di mana sahaja walaupun berada di dalam jalan yang kecil.

CARA MENAIKI BUKIT
Memandu menaiki bukit lebih menggunakan minyak. Tingkat kelajuan sebelum menghampiri kawasan bukit. Momentum yang terbina hasil daripada kelajuan tadi memudahkan pendakian. Tidak perlu menekan pedal minyak terlalu kuat yang boleh menyebabkan pembaziran.

JAGA TEKANAN TAYAR
Tayar yang tidak cukup angin menyebabkan penggunaan minyak yang banyak. Bukan itu
sahaja ia boleh merosakkan tayar dan brek. Tayar yang mempunyai tekanan angin terlalu tinggi juga boleh merosakkan bunga tayar.

PILIH JALAN YANG SESUAI
Jalan yang sesak, kerap berhenti boleh membuang masa dan minyak.
Jalan raya yang kasar, berlubang-lubang dan tidak sekata menambah penggunaan minyak sebanyak 30%. Pilih jalan yang jauh sedikit, rata dan cantik daripada dekat tetapi berbukit, kasar dan sibuk. Cuba pilih tempat parking kereta anda paling hampir dengan pintu masuk bangunan yang ingin dituju.

ANGGAR SITUASI PERJALANAN
Cuba jarak kenderaan anda sekurang-kurangnya 2-3 kereta supaya anda tidak perlu kerap berhenti sekiranya kereta depan menekan brek. Brek secara kerap menyebabkan kereta menjadi perlahan. Minyak lebih banyak digunakan untuk memulakan kembali perjalanan.
Minyak digunakan 6x lebih banyak untuk memulakan perjalan semula selepas kereta berhenti betul (keadaan pegun) daripada menekan minyak daripada kereta yang masih bergerak perlahan.

ELAKKAN MENUNGGU
Sekiranya anda terpaksa menunggu seseorang di dalam kereta, matikan enjin. Lebih murah untuk menghidupkan semula enjin daripada menunggu 1 minit di dalam kenderaan dengan enjin yang masih hidup.

ELAKKAN RINTANGAN ANGIN
Kereta yang dicipta dengan aero dinamik lebih lancar dan kurang rintangan angin. Oleh sebab itu ia lebih jimat. Untuk mengurangkan rintangan angin, sentiasa memandu dengan menutup tingkap sekiranya halaju melebihi 60 km/jam. Jangan membawa barangan terlalu berat. Berat melebihi 45 kg akan menggunakan minyak 1% lebih daripada biasa.

Dipetik dari: http://onlinecafe.com.my/index.php?topic=2050.0
Baca seterusnya...
Related Posts with Thumbnails
 

Followers

LinkWithin

Categories

Anak (3) Automotif (7) Bayi (10) Berbelanja (3) Bisnes (4) Blog (7) Blogger (2) Cinta (4) Emosi (1) Fesyen (2) Haiwan (4) Hubungan (10) Ibubapa (11) Iklan (1) Internet (4) Islam (1) Isteri (3) Keagamaan (1) Kecantikan (18) Keluarga (8) Kemahiran (1) Kerja Rumah (2) Kerjaya (4) Keselamatan (1) Kesihatan (39) Kewangan (3) Komputer (4) Laman web (4) Lelaki (3) Makanan (6) Memancing (2) Memandu (5) Mental (1) Motivasi (1) Outdoor (1) Panduan (1) Pekerjaan (2) Pelajar (3) Pelancongan (3) Penampilan (4) Pendidikan (4) Pengiklanan (1) Perasaan (1) Perhubungan (3) Perkahwinan (1) Permainan (1) Pertanian (1) Pertukangan (1) Petua (5) Rambut (3) Remaja (1) Rohani (1) Rumah (2) Tanaman (1) Teknologi (2) Telefon (1) Tidur (3) Tips (15) USB (1) Wanita (10) Wayang (1)

Tips dan Petua Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template