December 6, 2009

Tips memandu di lebuh raya



PEMANDUAN berhemat amat digalakkan dan amalkan sikap bertimbang rasa ketika memandu di lebuh raya.

Jangan memandu secara berbahaya

* Memandu dengan cara yang berbahaya seperti mengekori kenderaan di hadapan dengan terlalu rapat atau memotong dengan cara yang berbahaya boleh menyebabkan kemalangan.
Pandu di lorong sebelah kiri sekiranya tidak memotong kenderaan lain

* Pastikan kenderaan anda sentiasa berada di lorong utama walaupun anda memandu pada kelajuan maksimum yang dibenarkan.

* Tindakan anda memandu di lorong memotong boleh mengganggu kenderaan lain yang menggunakan lorong utama untuk memotong kenderaan anda.

* Sekiranya anda didapati menghalang kenderaan lain di lorong memotong, anda boleh dikenakan denda.

Pandu mengikut had laju yang telah ditetapkan

* Had laju yang ditetapkan di lebuh raya ialah 90km/j dan 110km/j.
* Memandu dengan terlalu laju menyukarkan anda mengawal kenderaan.
* Memandu terlalu laju memerlukan anda melihat lebih jauh ke hadapan.

Ketika memotong kenderaan lain di lebuh raya

* Gunakan cermin sisi dan cermin pandang belakang untuk memerhatikan kenderaan lain.
* Apabila anda berasa selamat untuk memotong, beri lampu isyarat yang betul untuk memotong.
* Setelah memotong, pastikan anda segera kembali ke lorong utama.

Jangan berhenti di lorong kecemasan

* Lorong kecemasan hanya boleh digunakan ketika berlaku kecemasan atau kerosakan kenderaan.
* Pastikan lampu isyarat kecemasan sentiasa dinyalakan sekiranya anda terpaksa berhenti di lorong kecemasan.
* Jangan memotong kenderaan lain menggunakan lorong kecemasan walaupun berlaku kesesakan lalu lintas kerana ia akan merumitkan lagi keadaan.
* Lorong kecemasan dikhaskan untuk kenderaan bantuan seperti Polis, Bomba dan Ambulans yang perlu segera sampai ke tempat kejadian.

Jangan memandu lebih daripada dua jam tanpa berhenti.
* Ia akan menyebabkan anda berasa letih dan mengantuk.
* Kongsi pemanduan anda. Tukar pemandu setiap dua jam walaupun anda tidak rasa mengantuk.

Jangan memandu ketika mengantuk

Pemandu boleh hilang daya pengamatannya jika terlalu penat dan sekelip mata yang terlelap itu boleh mengakibatkan tragedy. Tiada cara lain untuk mengelakkan dari keletihan atau mengantuk selain dari berhenti rehat dan tidur untuk seketika.

Tanda-tanda rasa mengantuk

Sekiranya anda mengalami tanda-tanda ini, besar kemungkinan anda akan mudah terdedah kepada kemalangan.
Pastikan anda mengambil langkah-langkah yang wajar apabila anda merasai tanda-tanda berikut:
* Pedih mata atau berat mata.
* Barangan-angan
* Lambat bertindak
* Keletihan seluruh badan
* Penukaran gear lemah
* Bertambah kelajuan atau berkurangan kelajuan
* Telinga berdesing atau berdengung

Bagaimana hendak mengelakkan mengantuk sebelum memulakan perjalanan anda

* Rancang perjalanan anda, ia satu usaha yang amat bijak dan berharga.
* Mulakan perjalan jauh di waktu pagi, selepas anda mendapat tidur yang secukupnya.
* Pastikan anda sentiasa berada di dalam keadaan cergas dan bertenaga.
* Jangan minum minuman keras atau mengambil ubat yang mengakibatkan mengantuk sebelum atau sewaktu dalam perjalanan.
* Mulakan perjalanan anda dalam suasana yang ceria.
 
Dipetik dari: http://fifapg9.blogspot.com/2009/07/cara-memandu-di-lebuh-raya.html

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Followers

LinkWithin

Categories

Anak (3) Automotif (7) Bayi (10) Berbelanja (3) Bisnes (4) Blog (7) Blogger (2) Cinta (4) Emosi (1) Fesyen (2) Haiwan (4) Hubungan (10) Ibubapa (11) Iklan (1) Internet (4) Islam (1) Isteri (3) Keagamaan (1) Kecantikan (18) Keluarga (8) Kemahiran (1) Kerja Rumah (2) Kerjaya (4) Keselamatan (1) Kesihatan (39) Kewangan (3) Komputer (4) Laman web (4) Lelaki (3) Makanan (6) Memancing (2) Memandu (5) Mental (1) Motivasi (1) Outdoor (1) Panduan (1) Pekerjaan (2) Pelajar (3) Pelancongan (3) Penampilan (4) Pendidikan (4) Pengiklanan (1) Perasaan (1) Perhubungan (3) Perkahwinan (1) Permainan (1) Pertanian (1) Pertukangan (1) Petua (5) Rambut (3) Remaja (1) Rohani (1) Rumah (2) Tanaman (1) Teknologi (2) Telefon (1) Tidur (3) Tips (15) USB (1) Wanita (10) Wayang (1)

Tips dan Petua Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template