Showing posts with label Tidur. Show all posts
Showing posts with label Tidur. Show all posts

May 6, 2010

Tips Mengatasi Susah Tidur / Insomnia


  1. Bersukan
    Bersukan boleh menyegarkan badan dan baik untuk kesihatan. Sebaiknya bersukan pada waktu pagi. Bersukan juga boleh mengatasi masalah stress.
  2. Kurang minuman dan makanan mengandungi kafin
    Kafin terdapat dalam minuman seperti teh atau kopi boleh menyegarkan mata anda. Sebaiknya minum pada waktu pagi dan bukan waktu hendak tidur.
  3. Jangan tidur siang
    Sekiranya anda tidur waktu siang, pasti waktu malam, mata anda akan segar kerana anda telah cukup tidur.
  4. Makanlah makanan berkarbohidrat menjelang tidur
    Untuk tidur yang lena, badan anda memerlukan trytophan atau yang sering disebut zat penidur. Trytophan, yang merupakan jenis asam lemak, berfungsi menghasilkan serotonin yang dapat mengendurkan syaraf pada pusat otak. Apabila otak sudah rileks, Anda akan lebih mudah tertidur dengan kualiti yang baik.

    Trytophan banyak terdapat pada makanan berkabohidrat ringan seperti muffin, biskuit, atau buah. Namun jangan terlalu kenyang.
  5. Wangian aromaterapi
    Wangian aromaterapi dapat membantu memberi ketengan kepada otak dan minda. Ia juga dapat menghilangkan stress.
  6. Tempat tidur hanya untuk tidur
    Membaca atau menonton tv sebaiknya lakukan di tempat lain sehingga saat Anda pergi ke tempat tidur.
  7. Tenangkan pikiran
    Releks dan cuba lupakan sebarang tugas, masalah atau perkara-perkara yang membuatkan fikiran anda tidak tenang.
  8. Tidur mencukupi
    Waktu tidur dan berehat mencukupi
  9. Jadual tidur yang kosistem
  10. Ruang tidur yang selesa
  11. Minum susu sebelum tidur
  12. Membaca doa todur


Jika tips-tips ini tidak mampu juga memberikan hasil yang positif bagi Anda, segeralah hubungi dokter.
Baca seterusnya...

December 15, 2009

Tips tidur dengan lena


Tips yang diberikan oleh Dr Fadhilah Kamsah di radio tentang tips untuk tidur dengan lena.

Antara yang saya masih ingat :

1. Minum susu panas atau suam sebelum tidur. Malahan ini merupakan amalan Rasulullah s.a.w
2. Tidur ikut waktu. Contohnya jika waktu tidur anda ialah jam 10 malam, sebaiknya ia diamalkan setiap hari.
3. Padamkan lampu bilik dan tidur dalam gelap. Teringat saya waktu kecil dulu, saya tak boleh tidur dalam gelap. Paling tidak pun sekurang-kurangnya ada sikit cahaya pun tak apa. Kalau tidak, boleh sesak nafas jadinya. Maklumlah, di kampung saya dulu, kalau padam lampu memang gelap gelita sampai satu apa pun tak nampak. Tapi sekarang ni dah okey kalau tidur dalam gelap :)
4. Kosongkan fikiran terutama dari perkara yang boleh mengganggu perasaan - yang ni selalunya susah sikit nak buat terutama jika kita sedang dilanda masalah. Tapi kena cuba lah…
5. Basuh kaki dan ambil wudhu sebelum tidur
6. Maafkan semua orang

Tapi bagi mereka yang baru saja menimang cahaya mata dan yang masih mempunyai anak kecil, memang susah untuk dapat tidur yang lena tanpa terjaga ditengah malam. Almaklumlah, kejap baby bangun nak susu, kejap lagi nak kena tukar lampin bila baby buang air besar. Bagi mereka yang mempunyai anak (terutama yang masih dalam pantang) asik berjaga malam dan tidur di waktu siangpula, boleh pening kepala juga bila tak cukup tidur.

Jika anda berada dalam situasi diatas, cuba lakukan perkara berikut :

1. Apabila bayi anda tidur, anda juga patut tidur sekali.
2. Minta pembantu, suami atau mereka yang menjaga anda sewaktu didalam tempoh berpantang untuk menjaga bayi agar anda dapat tidur sebentar
3. Semburkan pewangi didalam bilik setiap kali sebelum tidur. Wangian yang harum akan turut menenangkan bayi anda
4. Tutup lampu bilik - ini boleh membantu bayi anda untuk kenal dan membezakan waktu siang dan malam dengan lebih cepat
5. Tutup TV, radio dan peralatan yang mengeluarkan bunyi bising
6. Bedung bayi anda dengan kain bedung agar bayi rasa lebih selamat dan tenang
Baca seterusnya...

November 17, 2009

Tips amalan tidur yang sihat


Tukar tabiat anda
  • Berhenti merokok
  • Jangan tidur pada siang hari
  • Kurangkan pengambilan alkohol dan kopi
  • Bersenam di awal hari dan bukan sebelum masuk tidur
Ubahsuai persekitaran tidur anda
  • Gunakan bilik tidur hanya untuk tidur dan aktiviti seksual sahaja dan bukan untuk aktiviti lain
  • Pastikan persekitaran bilik tidur berkeadaan tenang dan selesa
  • Pastikan juga tilam dan katil anda selesa
Amalan sebelum tidur
  • Ikut jadual tidur yang tetap (masa tidur dan masa bangun tidur yang sama setiap hari, termasuk hari minggu)
  • Jangan mengambil makanan yang terlalu berat sebelum tidur
  • Tidur bila rasa mengantuk
  • Berehat sebentar sebelum masuk tidur.
Simpan satu diari tidur
  • Catit jumlah jam dan kualiti tidur
  • Masa masuk dan bangun dari tidur
  • Jenis makanan, minuman dan ubatan yang diambil
  • Perasaan anda
Elakkan dari membeli ubat tidur terus dari kaunter
Baca seterusnya...
Related Posts with Thumbnails
 

Followers

LinkWithin

Categories

Anak (3) Automotif (7) Bayi (10) Berbelanja (3) Bisnes (4) Blog (7) Blogger (2) Cinta (4) Emosi (1) Fesyen (2) Haiwan (4) Hubungan (10) Ibubapa (11) Iklan (1) Internet (4) Islam (1) Isteri (3) Keagamaan (1) Kecantikan (18) Keluarga (8) Kemahiran (1) Kerja Rumah (2) Kerjaya (4) Keselamatan (1) Kesihatan (39) Kewangan (3) Komputer (4) Laman web (4) Lelaki (3) Makanan (6) Memancing (2) Memandu (5) Mental (1) Motivasi (1) Outdoor (1) Panduan (1) Pekerjaan (2) Pelajar (3) Pelancongan (3) Penampilan (4) Pendidikan (4) Pengiklanan (1) Perasaan (1) Perhubungan (3) Perkahwinan (1) Permainan (1) Pertanian (1) Pertukangan (1) Petua (5) Rambut (3) Remaja (1) Rohani (1) Rumah (2) Tanaman (1) Teknologi (2) Telefon (1) Tidur (3) Tips (15) USB (1) Wanita (10) Wayang (1)

Tips dan Petua Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template