December 15, 2009

Tips tidur dengan lena


Tips yang diberikan oleh Dr Fadhilah Kamsah di radio tentang tips untuk tidur dengan lena.

Antara yang saya masih ingat :

1. Minum susu panas atau suam sebelum tidur. Malahan ini merupakan amalan Rasulullah s.a.w
2. Tidur ikut waktu. Contohnya jika waktu tidur anda ialah jam 10 malam, sebaiknya ia diamalkan setiap hari.
3. Padamkan lampu bilik dan tidur dalam gelap. Teringat saya waktu kecil dulu, saya tak boleh tidur dalam gelap. Paling tidak pun sekurang-kurangnya ada sikit cahaya pun tak apa. Kalau tidak, boleh sesak nafas jadinya. Maklumlah, di kampung saya dulu, kalau padam lampu memang gelap gelita sampai satu apa pun tak nampak. Tapi sekarang ni dah okey kalau tidur dalam gelap :)
4. Kosongkan fikiran terutama dari perkara yang boleh mengganggu perasaan - yang ni selalunya susah sikit nak buat terutama jika kita sedang dilanda masalah. Tapi kena cuba lah…
5. Basuh kaki dan ambil wudhu sebelum tidur
6. Maafkan semua orang

Tapi bagi mereka yang baru saja menimang cahaya mata dan yang masih mempunyai anak kecil, memang susah untuk dapat tidur yang lena tanpa terjaga ditengah malam. Almaklumlah, kejap baby bangun nak susu, kejap lagi nak kena tukar lampin bila baby buang air besar. Bagi mereka yang mempunyai anak (terutama yang masih dalam pantang) asik berjaga malam dan tidur di waktu siangpula, boleh pening kepala juga bila tak cukup tidur.

Jika anda berada dalam situasi diatas, cuba lakukan perkara berikut :

1. Apabila bayi anda tidur, anda juga patut tidur sekali.
2. Minta pembantu, suami atau mereka yang menjaga anda sewaktu didalam tempoh berpantang untuk menjaga bayi agar anda dapat tidur sebentar
3. Semburkan pewangi didalam bilik setiap kali sebelum tidur. Wangian yang harum akan turut menenangkan bayi anda
4. Tutup lampu bilik - ini boleh membantu bayi anda untuk kenal dan membezakan waktu siang dan malam dengan lebih cepat
5. Tutup TV, radio dan peralatan yang mengeluarkan bunyi bising
6. Bedung bayi anda dengan kain bedung agar bayi rasa lebih selamat dan tenang

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Recent Visitors

Followers

Categories

Anak (3) Automotif (7) Bayi (10) Berbelanja (3) Bisnes (4) Blog (7) Blogger (2) Cinta (4) Emosi (1) Fesyen (2) Haiwan (4) Hubungan (11) Ibubapa (11) Iklan (1) Internet (4) Islam (1) Isteri (3) Keagamaan (1) Kecantikan (18) Keluarga (8) Kemahiran (1) Kerja Rumah (2) Kerjaya (4) Keselamatan (1) Kesihatan (39) Kewangan (3) Komputer (4) Laman web (4) Lelaki (3) Makanan (6) Memancing (2) Memandu (5) Mental (1) Motivasi (1) Outdoor (1) Panduan (1) Pekerjaan (2) Pelajar (3) Pelancongan (3) Penampilan (4) Pendidikan (4) Pengiklanan (1) Perasaan (1) Perhubungan (3) Perkahwinan (2) Permainan (1) Pertanian (1) Pertukangan (1) Petua (5) Rambut (3) Remaja (1) Rohani (1) Rumah (2) Tanaman (1) Teknologi (2) Telefon (1) Tidur (3) Tips (15) USB (1) Wanita (10) Wayang (1)

Tips dan Petua Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template