December 15, 2009

Tips menyusukan bayi dengan susu ibu selepas bersalin Cesarean


Menyusukan bayi terutamanya pada seminggu pertama sememangnya mencabar - baik bagi mereka yang bersalin cesarean atau bersalin normal kerana pada waktu itu badan masih lagi sakit-sakit dan tidak kuat. Tambahan pula, pada waktu ini kebiasaannya bayi sentiasa ingin menyusu kecuali bagi kes-kes bayi menangis, jaundis dan kes2 tertentu yang mana bayi asyik tidur saja. Pada hakikatnya, seminggu pertama adalah waktu dimana badan mengeluarkan kolostrum yang sangat berkhasiat untuk bayi. Namun begitu, keadaan badan yang masih sakit-sakit, lemah dan tidak kuat menyebabkan ada ibu yang baru lepas bersalin mengalami masalah untuk menyusukan bayi. Boleh stress pulak jadinya.

Tips yang boleh diberi perhatian ialah :

1. Dapatkan sebanyak mungkin informasi tentang penyusuan susu ibu sebagai persediaan. Kini terdapat banyak forum (dalam Malaysia & luar negara) yang membincangkan tentang masalah-masalah penyusuan. Jadi, Yati boleh google dan baca. Antaranya ialah susuibu.com yang menyediakan forum perbincangan tentang penyusuan dalam bahasa.

2. Semasa menyusukan baby, cuba cara-cara berikut :
i. Menyusu sambil berbaring secara mengiring dan alas belakang dengan bantal. Sebaik-baiknya minta bantuan suami, ibu atau mereka yang menjaga Yati sewaktu didalam pantang untuk membantu menyusun dan meletakkan bantal dibelakang. Ini sebagai support supaya badan rasa selesa dan tidak terasa penat dibahagian belakang. Sambil tu, boleh lah tidur sekali :)

ii. Jika ingin menyusukan bayi sambil duduk, sebaik-baiknya duduk diatas sofa atau kerusi agar Yati boleh bersandar. Dibahagian depan pula, letakkan bantal sebagai alas perut supaya tidak sakit dibahagian cesarean sewaktu menyusukan bayi. Tapi perlu akak ingatkan, sewaktu menyusukan bayi, dibahagian luka cesarean akan terasa sakit kerana menyusukan bayi membantu rahim mengecut dengan lebih cepat. Jadi… kena lah tahan sikit kalau ada rasa sakit ye.

3. Selepas menyusukan bayi (terutamanya pada minggu pertama), sebaik-baiknya pam kedua-dua buah dada dengan pam susu. Ini bertujuan untuk memberi isyarat kepada tubuh agar mengeluarkan lebih banyak hormon prolaktin. Seelok-eloknya, belilah pam yang bagus antaranya brand Avent, Spectra pam dan Medela.

4. Dalam minggu pertama juga, kalau tak larat sangat, bagi dulu susu badan. Tapi kalau baby masih jugak menjerit, boleh top up dengan susu formula tapi dalam kuantiti yang sedikit saja (contohnya 2 ke 3 auns sahaja. Habislah.. kalau Rita & the geng tau, kena marah lah gamaknye akak… hu..hu…). Minta orang lain yang berikan (suami, ibu atau sedara mara yang jaga Yati). Sambil tu, Yati pam susu antara 10 ke 15 minit - yang ni kena buat juga, jangan skip supaya badan dapat isyarat untuk keluarkan lebih banyak susu. Bila ada masa free (contohnya baby tengah tidur), pam lagi untuk 10 ke 15 minit. Kena rajin sikitlah untuk seminggu pertama ni. Insya Allah, lepas tu mesti baby minum susu sampai tersedak-sedak.

5. Makanlah buah kurma, jus pegaga dan habbatussauda semasa dalam pantang sebagai supplemen tambahan. Lagipun kurma dan habbatussauda memang terkenal dengan khasiatnya yang banyak. Disamping membantu menambah tenaga, ia juga dapat membanyakkan susu badan. Disamping itu, minum air suam juga penting. Bagi sesetengah amalan dalam masyarakat Melayu, ibu yang masih didalam pantang selepas bersalin tidak digalakkan minum air dengan banyak. Kalau macam tu, susah lah badan nak keluarkan susu sebab tak cukup air dalam badan.

Petikan: http://www.bengkungmoden.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Followers

LinkWithin

Categories

Anak (3) Automotif (7) Bayi (10) Berbelanja (3) Bisnes (4) Blog (7) Blogger (2) Cinta (4) Emosi (1) Fesyen (2) Haiwan (4) Hubungan (10) Ibubapa (11) Iklan (1) Internet (4) Islam (1) Isteri (3) Keagamaan (1) Kecantikan (18) Keluarga (8) Kemahiran (1) Kerja Rumah (2) Kerjaya (4) Keselamatan (1) Kesihatan (39) Kewangan (3) Komputer (4) Laman web (4) Lelaki (3) Makanan (6) Memancing (2) Memandu (5) Mental (1) Motivasi (1) Outdoor (1) Panduan (1) Pekerjaan (2) Pelajar (3) Pelancongan (3) Penampilan (4) Pendidikan (4) Pengiklanan (1) Perasaan (1) Perhubungan (3) Perkahwinan (1) Permainan (1) Pertanian (1) Pertukangan (1) Petua (5) Rambut (3) Remaja (1) Rohani (1) Rumah (2) Tanaman (1) Teknologi (2) Telefon (1) Tidur (3) Tips (15) USB (1) Wanita (10) Wayang (1)

Tips dan Petua Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template