November 16, 2009

Tips memandu dengan berjimat


Dengan memerhatikan tatacara di bawah anda akan dapati bahawa ia akan mengurangkan 30% hingga 50% penggunaan minyak kereta anda.

PEMANASAN ENJIN SELAMA 30 SAAT
Panaskan enjin selama 30 saat sahaja. Enjin kereta panas lebih berkesan semasa kereta bergerak. Memanaskan enjin lebih 30 saat bukan sahaja membazir minyak tetapi boleh merosakkan enjin kerana pelinciran enjin lebih berkesan ketika kereta bergerak. (Kepada yang tak bersetuju... ni CAP yang bagitahu)

ELAKKAN MEMULAKAN PERJALANAN DENGAN KASAR
Tekan minyak perlahan-perlahan ketika memulakan perjalanan.

PANDU DENGAN KELAJUAN SEDERHANA
Tekan pedal minyak dengan lembut (lembut seumpama ditekan bulu ayam.. CAP yang tulis camtu) Memandu di bawah halaju perjalanan lebih menjimatkan minyak daripada memandu laju.

ELAKKAN MENGGUNAKAN GEAR RENDAH
Cuba kekalkan halaju kereta lebih daripada 35 km/jam
Langkah gear dari gear 1 terus ke gear 3 atau 4 ketika kereta menuruni bukit atau melalui jalan rata. Tukar gear secepat mungkin ketika menaiki bukit. Apabila memandu secara automatik, tingkatkan halaju anda dengan segera Jangan andaikan bahawa anda perlu memandu di lebuhraya sahaja untuk menggunakan gear 5. Seboleh-bolehnya pandu dengan gear 5 di mana sahaja walaupun berada di dalam jalan yang kecil.

CARA MENAIKI BUKIT
Memandu menaiki bukit lebih menggunakan minyak. Tingkat kelajuan sebelum menghampiri kawasan bukit. Momentum yang terbina hasil daripada kelajuan tadi memudahkan pendakian. Tidak perlu menekan pedal minyak terlalu kuat yang boleh menyebabkan pembaziran.

JAGA TEKANAN TAYAR
Tayar yang tidak cukup angin menyebabkan penggunaan minyak yang banyak. Bukan itu
sahaja ia boleh merosakkan tayar dan brek. Tayar yang mempunyai tekanan angin terlalu tinggi juga boleh merosakkan bunga tayar.

PILIH JALAN YANG SESUAI
Jalan yang sesak, kerap berhenti boleh membuang masa dan minyak.
Jalan raya yang kasar, berlubang-lubang dan tidak sekata menambah penggunaan minyak sebanyak 30%. Pilih jalan yang jauh sedikit, rata dan cantik daripada dekat tetapi berbukit, kasar dan sibuk. Cuba pilih tempat parking kereta anda paling hampir dengan pintu masuk bangunan yang ingin dituju.

ANGGAR SITUASI PERJALANAN
Cuba jarak kenderaan anda sekurang-kurangnya 2-3 kereta supaya anda tidak perlu kerap berhenti sekiranya kereta depan menekan brek. Brek secara kerap menyebabkan kereta menjadi perlahan. Minyak lebih banyak digunakan untuk memulakan kembali perjalanan.
Minyak digunakan 6x lebih banyak untuk memulakan perjalan semula selepas kereta berhenti betul (keadaan pegun) daripada menekan minyak daripada kereta yang masih bergerak perlahan.

ELAKKAN MENUNGGU
Sekiranya anda terpaksa menunggu seseorang di dalam kereta, matikan enjin. Lebih murah untuk menghidupkan semula enjin daripada menunggu 1 minit di dalam kenderaan dengan enjin yang masih hidup.

ELAKKAN RINTANGAN ANGIN
Kereta yang dicipta dengan aero dinamik lebih lancar dan kurang rintangan angin. Oleh sebab itu ia lebih jimat. Untuk mengurangkan rintangan angin, sentiasa memandu dengan menutup tingkap sekiranya halaju melebihi 60 km/jam. Jangan membawa barangan terlalu berat. Berat melebihi 45 kg akan menggunakan minyak 1% lebih daripada biasa.

Dipetik dari: http://onlinecafe.com.my/index.php?topic=2050.0

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Followers

LinkWithin

Categories

Anak (3) Automotif (7) Bayi (10) Berbelanja (3) Bisnes (4) Blog (7) Blogger (2) Cinta (4) Emosi (1) Fesyen (2) Haiwan (4) Hubungan (10) Ibubapa (11) Iklan (1) Internet (4) Islam (1) Isteri (3) Keagamaan (1) Kecantikan (18) Keluarga (8) Kemahiran (1) Kerja Rumah (2) Kerjaya (4) Keselamatan (1) Kesihatan (39) Kewangan (3) Komputer (4) Laman web (4) Lelaki (3) Makanan (6) Memancing (2) Memandu (5) Mental (1) Motivasi (1) Outdoor (1) Panduan (1) Pekerjaan (2) Pelajar (3) Pelancongan (3) Penampilan (4) Pendidikan (4) Pengiklanan (1) Perasaan (1) Perhubungan (3) Perkahwinan (1) Permainan (1) Pertanian (1) Pertukangan (1) Petua (5) Rambut (3) Remaja (1) Rohani (1) Rumah (2) Tanaman (1) Teknologi (2) Telefon (1) Tidur (3) Tips (15) USB (1) Wanita (10) Wayang (1)

Tips dan Petua Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template