November 16, 2009

Tips menjaga USB Pen Drive


Hampir semua pengguna komputer pada masa kini menggunakan media USB Flashdisk, Thumbdrive atau pun PenDrive untuk menyimpan dan memindahkan data. Fungsinya telah mengambil alih fungsi disket yang sangat popular suatu masa dahulu. Dengan saiznya yang kecil dan mudah dibawa membuatkan media ini menjadi kegemaran pengguna komputer. Walau bagaimana pun, anda perlu tahu cara mengendali dan menjaganya agar ianya tidak mudah rosak dan seterusnya tidak berfungsi. Berikut adalah beberapa tips bagaimana mengendali, menjaga dan merawat pena USB drive ini.



Ikuti prosedur yang benar setiap kali anda mencabut USB Pen Drive daripada port USB

Always do eject process or stop before take of the USB Pen Drive from computer’s USB Port. Biasakan melakukan proses eject atau berhenti sebelum mengambil daripada USB Pen Drive dari Port USB pada komputer anda. Ini dapat mengelakkan USB Pen Drive daripada berlakunya kerosakan dan dapat menyelamatkan data yang terdapat di dalam pena USB drive.


Elakkan Menyunting Data Secara Lansung Daripada Pendrive

Seperti juga produk lain, pena USB drive memiliki jangka hayat. Ini bermakna ia akan rosak dan tidak berfungsi pada suatu masa nanti. Jika kita lihat pada spefikasi jangka hayat pendrive, biasanya berada sekitar 10,000-100,000 baca/tulis (read/write). Oleh itu, kita boleh memanjangkan jangka hayat pendrive tersebut dengan TIDAK menyunting data (membaca dan menulis) SECARA LANSUNG daripada pendrive tersebut. Amalkan menyunting data pada cakera keras terlebih dahulu sebelum memindahkannya kepada pendrive usb anda. Dengan demikian, ianya mampu melanjutkan usia atau jangka hayat pendrive tersebut.


Imbaskan Dengan Antivirus Secara Rutin

Amalkan mengimbaskannya dengan Antivirus untuk menghapuskan virus yang ada.


Jauhkan Daripada Air

Meskipun beberapa pengeluar mendakwa produk mereka kalis dan tahan air, seboleh-bolehnya cuba elakkan daripada ianya berada pada persekitaran yang basah dan berair. Ini termasuklah menjaganya daripada terkena hujan, air minuman dan seumpamanya. Jika sekiranya, pendrive anda terkena air atau TERBASUH bersama pakaian anda di dalam mesen basuh, PASTIKAN anda mengeringkannya terlebih dahulu sebelum memasukkannya pada port USB di komputer anda. Jemurkannya di bawah cahaya matahari yang terik atau pun gunakan pengering rambut untuk mengeringkannya. Pastikan ianya betul-betul kering sebelum anda memplagkannya ke komputer anda. Saya pernah mengalami situasi sebegini, apabila terbasuh bersama pakaian saya. Saya keringkannya seperti yang nyatakan di atas, alhamdulillah ianya masih berfungsi secara normal sehingga sekarang.


Elakkan Daripada Kesan Impak Yang Kuat

Amat jelas sekali! Membiarkan pendrive anda terjatuh daripada tempat yang tinggi, atau tertindih dengan barangan yang berat atau seumpamanya boleh merosakkan pendrive anda. Pastikan anda meletakkannya di tempat yang selamat. Jangan dilempar atau dilontar-lontar seperti sebiji bola tenis. Jangan biarkan anak anda bermain dengannya kerana biasanya mereka tidak mengerti apa-apa.


Hindari dari Medan Magnet

Menjadi kebiasaan setiap produk elektronik yang boleh menghasilkan medan magnet seperti televisyen dan telefon tangan adalah tidak baik bagi pendrive. Jadi, jangan biarkan pendrive anda diletakkan berhampiran dengan peralatan elektronik sedemikian.


Elakkan Daripada Suhu Yang Terlalu Tinggi

Suhu yang terlalu tinggi juga akan memberikan kesan negatif kepada pendrive. Jauhkan pendrive anda daripada suhu yang teramat tinggi.


Bersihkan Sambungan (Connector) pada Pendrive USB


Keadaan pada sambungan yang kotor boleh menyebabkan proses membaca dan menulis gagal pada pendrive. Oleh itu, amalkan mencuci pada penyambung Pendrive dengan menggunakan kain pengelap anti statik atau tin tekanan udara (compressed air can) untuk menyembur bahagian yang dipenuhi kotoran tersebut.
 

JANGAN Defrag Pendrive Anda

Tidak seperti cakera keras (hard disk) yang biasa berputar secara bergelendongan (moving spindles), Pendrive tidak memiliki zon lambat dan zon pantas. Data yang disimpan akan dibaca pada kelajuan yang sama daripada ruang cakera itu. Oleh itu ianya TIDAK PERLU didefragment kerana ianya tidak mempunyai head dan cylinder. Mendefrag pendrive anda akan mewujudkan satu lagi write cycle padanya dan ini sudah tentu mengurangkan jangkahayat pendrive tersebut.

Dipetik dari:  http://panduanpercuma.info/komputer/928/bagaimana-menjaga-pendrive-anda-daripada-mudah-rosak/

2 comments:

Sachin on February 22, 2010 at 7:09 AM said...

i cant uderstand this language..

shuk on February 22, 2010 at 11:11 PM said...

sorry sachin, its malay

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Recent Visitors

Followers

Categories

Anak (3) Automotif (7) Bayi (10) Berbelanja (3) Bisnes (4) Blog (7) Blogger (2) Cinta (4) Emosi (1) Fesyen (2) Haiwan (4) Hubungan (11) Ibubapa (11) Iklan (1) Internet (4) Islam (1) Isteri (3) Keagamaan (1) Kecantikan (18) Keluarga (8) Kemahiran (1) Kerja Rumah (2) Kerjaya (4) Keselamatan (1) Kesihatan (39) Kewangan (3) Komputer (4) Laman web (4) Lelaki (3) Makanan (6) Memancing (2) Memandu (5) Mental (1) Motivasi (1) Outdoor (1) Panduan (1) Pekerjaan (2) Pelajar (3) Pelancongan (3) Penampilan (4) Pendidikan (4) Pengiklanan (1) Perasaan (1) Perhubungan (3) Perkahwinan (2) Permainan (1) Pertanian (1) Pertukangan (1) Petua (5) Rambut (3) Remaja (1) Rohani (1) Rumah (2) Tanaman (1) Teknologi (2) Telefon (1) Tidur (3) Tips (15) USB (1) Wanita (10) Wayang (1)

Tips dan Petua Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template