November 18, 2009

Tips semasa membeli rumah


Setiap institusi perbankan Islam menawarkan pakej pembiayaan perumahan-i yang berbeza. Teliti semua ciri pakej pembiayaan tersebut dan jangan membuat keputusan hanya berdasarkan kepada satu ciri tertentu sahaja. Carilah pakej yang sesuai dengan keperluan kewangan anda di samping menawarkan manfaat tambahan, seperti terma terma pembayaran yang menguntungkan anda.

Berikut adalah di antara tip-tip yang boleh anda gunakan.

Buat belanjawan bagi menentukan harga rumah yang mampu anda beli.

Dengan belanjawan ini, anda boleh menentukan harga maksima hartanah yang ingin anda beli. Sebagai panduan, komitmen bulanan seperti ansuran rumah, kereta dan lain-lain bayaran tidak boleh melebihi 1/3 daripada pendapatan kasar isi rumah.         

Periksa sumber kewangan anda:

  •     Tabungan persendirian
            pastikan anda mempunyai tabungan persendirian yang mencukupi untuk menjelaskan bayaran muka (anggaran 10% - 20% daripada harga rumah) dan kos sampingan lain seperti fi guaman dan duti setem (anggaran tambahan 3% - 5%)
      
  •     Pengeluaran daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
            jumlah simpanan KWSP yang boleh dikeluarkan untuk membeli rumah tidak boleh melebihi jumlah yang ada dalam Akaun 2 anda. Sila hubungi pejabat KWSP yang berdekatan untuk membuat pertanyaan berhubung kelayakan membuat pengeluaran tersebut
      
  •     Kemudahan pembiayaan daripada institusi perbankan Islam
            buat tinjauan dan perbandingan terhadap pakej pembiayaan di pasaran yang paling sesuai dengan anda, kualiti perkhidmatan yang cekap dan boleh dipercayai, serta caj-caj yang dikenakan seperti fi guaman, fi dan caj berkaitan yang dibayar kepada pihak kerajaan

Jika anda ingin membeli rumah yang masih dalam pembinaan, sila periksa latar belakang pemaju. Jangan takut untuk bertanyakan pelbagai soalan kepada pemaju. Pemaju yang mempunyai rekod yang baik akan mengurangkan risiko projek terbengkalai. Pastikan pemaju:

  •     mempunyai lesen sah yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
  •     mempunyai permit sah pengiklanan dan jualan yang dikeluarkan oleh penguat kuasa tempatan.
Jika anda ingin membeli rumah yang telah siap daripada penjual, sila dapatkan nilai pasaran bagi rumah yang serupa di kawasan yang sama.

Dipetik dari: http://www.bankinginfo.com.my/

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Followers

LinkWithin

Categories

Anak (3) Automotif (7) Bayi (10) Berbelanja (3) Bisnes (4) Blog (7) Blogger (2) Cinta (4) Emosi (1) Fesyen (2) Haiwan (4) Hubungan (10) Ibubapa (11) Iklan (1) Internet (4) Islam (1) Isteri (3) Keagamaan (1) Kecantikan (18) Keluarga (8) Kemahiran (1) Kerja Rumah (2) Kerjaya (4) Keselamatan (1) Kesihatan (39) Kewangan (3) Komputer (4) Laman web (4) Lelaki (3) Makanan (6) Memancing (2) Memandu (5) Mental (1) Motivasi (1) Outdoor (1) Panduan (1) Pekerjaan (2) Pelajar (3) Pelancongan (3) Penampilan (4) Pendidikan (4) Pengiklanan (1) Perasaan (1) Perhubungan (3) Perkahwinan (1) Permainan (1) Pertanian (1) Pertukangan (1) Petua (5) Rambut (3) Remaja (1) Rohani (1) Rumah (2) Tanaman (1) Teknologi (2) Telefon (1) Tidur (3) Tips (15) USB (1) Wanita (10) Wayang (1)

Tips dan Petua Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template