November 17, 2009

Tips tanda masalah jantung


Tidak semua serangan jantung akan berlaku secara mengejut dan sangat menyakitkan.
Sesetengahnya bermula dengan sangat perlahan serta kurang menyakitkan atau hanya rasa kurang selesa hingga ramai yang tidak sedar bahawa mereka sedang mengalaminya dan ini menyebabkan mereka gagal untuk mendapatkan bantuan perubatan dengan segera.
Majoriti akan mengalami simptom- simptom. Berikut adalah simptom-simptom yang menandakan anda sedang mengalami serangan jantung:

  • Tekanan yang tidak selesa, rasa sesak, penuh atau sakit di bahagian dada yang berlanjutan selama lebih daripada beberapa minit, atau sakit yang hilang dan datang semula.
  • Sakit atau ketidakselesaan pada bahagian- bahagian lain di bahagian atas badan.
  • Pendek nafas dengan atau tanpa rasa ketidakselesaan pada bahagian dada.
  • Berpeluh sejuk, rasa loya atau pitam.
  • Gejala dan tanda amaran serangan jantung
Satu daripada tanda amaran adalah Serangan Iskemia Sementara (TIA) - iaitu satu gangguan sementara bekalan darah ke bahagian tertentu otak.
TIA adalah serupa seperti strok tetapi ia hanya berlaku untuk jangka masa yang lebih pendek sebelum terus hilang dengan tidak meninggalkan sebarang kesan kekal yang ketara.
TIA menandakan satu serangan strok yang betul mungkin akan berlaku tidak lama lagi. Jika anda mempunyai satu atau lebih daripada simptom-simptom berikut, maka anda perlu segera mendapatkan bantuan perubatan:

  • Rasa kebas atau lemah secara tiba-tiba pada sebelah bahagian badan
  • Kesukaran untuk bertutur atau memahami pertuturan, gagap
  • Penglihatan menjadi kabur secara tiba-tiba
  • Kesukaran untuk berjalan, rasa pening, hilang keseimbangan atau koordinasi secara tiba-tiba
  • Sakit kepala yang teruk secara tiba-tiba tanpa sebarang sebab
  • Masalah ingatan atau kekeliruan

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Followers

LinkWithin

Categories

Anak (3) Automotif (7) Bayi (10) Berbelanja (3) Bisnes (4) Blog (7) Blogger (2) Cinta (4) Emosi (1) Fesyen (2) Haiwan (4) Hubungan (10) Ibubapa (11) Iklan (1) Internet (4) Islam (1) Isteri (3) Keagamaan (1) Kecantikan (18) Keluarga (8) Kemahiran (1) Kerja Rumah (2) Kerjaya (4) Keselamatan (1) Kesihatan (39) Kewangan (3) Komputer (4) Laman web (4) Lelaki (3) Makanan (6) Memancing (2) Memandu (5) Mental (1) Motivasi (1) Outdoor (1) Panduan (1) Pekerjaan (2) Pelajar (3) Pelancongan (3) Penampilan (4) Pendidikan (4) Pengiklanan (1) Perasaan (1) Perhubungan (3) Perkahwinan (1) Permainan (1) Pertanian (1) Pertukangan (1) Petua (5) Rambut (3) Remaja (1) Rohani (1) Rumah (2) Tanaman (1) Teknologi (2) Telefon (1) Tidur (3) Tips (15) USB (1) Wanita (10) Wayang (1)

Tips dan Petua Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template