December 6, 2009

Tips berkaitan membina laman web


Bila melibatkan laman web kita,kita mesti  menumpukan lebih perhatian  bagi memastikan laman web tersebut mencapai matlamatnya.Mengikut pakar ada  5 peraturan penting yang perlu kita perhatikan
1.Jangan gunakan splash pages
Splash pages adalah muka surat pertama pelawat dapat lihat bila mereka menemui laman web kita.Mungkin ramai antara kita suka imej yang cantik dengan perkataan tertentu “selamat datang”,”Welcome” atau “Klik di sini untuk masuk”.Kadang-kadang tanpa tujuan tertentu.Jangan melakukan sesuatu yang membolehkan pelawat menekan butang “back”.Mengikut mereka yang pakar adalah baik jika kita tidak menggunakan splash pages.
2.Jangan gunakan terlampau banyak banner berbentuk iklan
Maaf kerana saya juga kadang lupa akan hal ini.Mungkin ramai di antara kita telah dilatih untuk tidak menghiraukan tentang  iklan.Apa yang perlu kita buat adalah menyediakan lebih banyak content yang bermutu dan masukkan pautan affiliate dalam kandungan tersebut.Biarkan pelawat rasa mereka ingin membeli daripada kita memaksa mereka untuk berbuat demikian.
3.Gunakan navigasi yang mudah dan jelas.
Kita perlu menyediakan bentuk navigasi   yang mudah dan straight forward.Biarkan budak yang kecil pun tahu menggunakannya. Jauhi menggunakan terlalu banyak flash atau multi-tiered drop down menu.Jika pelawat tidak tahu untuk menggunakan navigasi kita,mereka pasti akan meninggalkan laman web kita.
4.Pastikan pelawat mempunyai petunjuk yang jelas di mana mereka berada.
Bila pelawat berada pada laman web kita pastikan mereka mengetahui pada bahagian mana laman web kita mereka berada.Dengan itu mereka boleh bergerak dengan mudah pada laman web kita.Jangan kelirukan mereka.
5.Elakkan menggunakan audio pada laman web kita.
Jika kita ingin pelawat berada lebih lama pada laman web kita,membaca kandungan laman web,jangan ganggu mereka dengan bunyi-bunyi pada laman web kita.Jika kita perlukan juga audio,pastikan ada kawalan dari segi volume atau muting.
 Dipetik dari: http://tipsinternetbisnes.com/tips/?p=247

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Followers

LinkWithin

Categories

Anak (3) Automotif (7) Bayi (10) Berbelanja (3) Bisnes (4) Blog (7) Blogger (2) Cinta (4) Emosi (1) Fesyen (2) Haiwan (4) Hubungan (10) Ibubapa (11) Iklan (1) Internet (4) Islam (1) Isteri (3) Keagamaan (1) Kecantikan (18) Keluarga (8) Kemahiran (1) Kerja Rumah (2) Kerjaya (4) Keselamatan (1) Kesihatan (39) Kewangan (3) Komputer (4) Laman web (4) Lelaki (3) Makanan (6) Memancing (2) Memandu (5) Mental (1) Motivasi (1) Outdoor (1) Panduan (1) Pekerjaan (2) Pelajar (3) Pelancongan (3) Penampilan (4) Pendidikan (4) Pengiklanan (1) Perasaan (1) Perhubungan (3) Perkahwinan (1) Permainan (1) Pertanian (1) Pertukangan (1) Petua (5) Rambut (3) Remaja (1) Rohani (1) Rumah (2) Tanaman (1) Teknologi (2) Telefon (1) Tidur (3) Tips (15) USB (1) Wanita (10) Wayang (1)

Tips dan Petua Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template