December 9, 2009

Tips membeli kamera DSLT

Membeli kamera DSLR (Digital Single Reflex Lens) pertama anda adalah salah satu keputusan besar yang akan anda buat. Harga DSLR telah jatuh sehingga jurugambar amatur dan juga peminat  yang serius dalam bidang ini mampu membeli sebuah DSLR pada harga yang kurang dari RM2000.

Bagaimana anda memilih DSLR yang pertama anda?, jenama apa?, lensa jenis apa? dan berapakah harganya? Jika anda seorang jurugambar yang profesional, anda pasti telah tahu model, jenama, lensa dan filter yang ingin dibeli. Tetapi bagi yang pertama kali ingin membelinya macam mana? Di sini saya akan sertakan tip-tip untuk membeli kamera DSLR yang pertama anda. Sama ada untuk diri sendiri atau pun sebagai hadiah untuk yang tersayang. (beli la kat aku satu...)

1.  Senaraikan apa ciri-ciri yang anda inginkan dalam DSLR yang akan anda beli dan berapakah bajet yang anda ada. Contohnya berapa Mega pixels yang anda inginkan? adakah rakaman video penting untuk anda? adakah anda akan beli aksesori tambahan?

Seperti mana teknoloji, apabila anda membeli yang terbaru dan tercanggih harganya mestilah tinggi. jadi anda letakkan apakah ciri-ciri yang penting untuk anda dulu.

2.  Selalu membaca dan membuat research tentang DSLR, dan cari yang selalu di syorkan oleh majalah atau pun website seperti CNET dimana mereka boleh memberi cadangan tentang DSLR terbaru atau pun yang sedang berada dipasaran. (selalunya akan ada feedback dari pengguna yang pernah beli DSLR tersebut atau pun anda boleh layari Amazon.com sebab disitu pun banyak list DSLR mengikut pembelian)

3.  Pergi ke kedai-kedai yang hanya menjual kamera, jangan ke kedai elektronik atau pun gudang2 (tinggal kan duit dirumah) cari kamera yang anda ingin beli dan cuba rasa sendiri macam mana bila kita pegang kamera tu. Sebab DSLR ni boleh jadi besar bagi sesetengah orang. dan cuba tengok melalui viewfinder kamera tu. bukan melalui skrin LCD, selesa atau tidak. Jenama yang berlainan meletakkan butang kawalan di sebelah kiri atau sebelah kanan anda. kalau anada tak pasti anda boleh bertanya dengan jurujual kedai tersebut. (selalunya depa akan tolong punya lah...)

4.  Apabila membeli kamera anda perlu tahu tentang harga kamera dan juga lensanya sbb dua barang nie berlainan harga... tetapi selalunya depa jual sebagai kit maksudnya kamera ngan lensa sekali. (pilih kamera yang boleh pakai banyak jenama lensa... bukan yang boleh pakai satu jenama saja.. sbb selalunya lensa mahal.... kadang2 lebih dari kamera tu lagi... tp selalunya lebih la... banyak yang syorkan Nikon. sbb ada lensa jenama Tamron, Sigma dan berbagai jenis lagi dan harga dia murah skit dari brand lain... tp kena survey la. kalau nak survey boleh klik di banner Shashinki di sebelah kanan blog nie. Shashinki harga dia ok gak...

5.  Apa yang penting ialah survey dan bandingkan harga di kedai2 lain... kit lensa apa yang datang dengan kamera tu. Berbaloi ke tak? dan apa lagi free gift yang kedai tu bagi bila kita beli kat dia. Mcm saya, masa saya beli Canon Powershot saya tu, kedai tu bagi diskaun RM100 dari harga pasaran, Tripod, memory card 4gb, beg. kay... takat nie jer... kalau ada yang silap atau terkurang pasal tip nie... tolong bagi tau ek?

(Sumber dari eHow)

1 comments:

shuk on December 10, 2009 at 1:07 AM said...

berminat juga nak beli tetapi bila pikir malas nak mengangkut.. rasa tak jadi nak beli kut...hehehe

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Recent Visitors

Followers

Categories

Anak (3) Automotif (7) Bayi (10) Berbelanja (3) Bisnes (4) Blog (7) Blogger (2) Cinta (4) Emosi (1) Fesyen (2) Haiwan (4) Hubungan (11) Ibubapa (11) Iklan (1) Internet (4) Islam (1) Isteri (3) Keagamaan (1) Kecantikan (18) Keluarga (8) Kemahiran (1) Kerja Rumah (2) Kerjaya (4) Keselamatan (1) Kesihatan (39) Kewangan (3) Komputer (4) Laman web (4) Lelaki (3) Makanan (6) Memancing (2) Memandu (5) Mental (1) Motivasi (1) Outdoor (1) Panduan (1) Pekerjaan (2) Pelajar (3) Pelancongan (3) Penampilan (4) Pendidikan (4) Pengiklanan (1) Perasaan (1) Perhubungan (3) Perkahwinan (2) Permainan (1) Pertanian (1) Pertukangan (1) Petua (5) Rambut (3) Remaja (1) Rohani (1) Rumah (2) Tanaman (1) Teknologi (2) Telefon (1) Tidur (3) Tips (15) USB (1) Wanita (10) Wayang (1)

Tips dan Petua Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template