December 6, 2009

Tips membeli kenderaan bermotor terpakai


Setiap individu mengimpikan untuk membeli kenderaan bermotor yang baru - bukankah ini antara sebab atau pun sebab utama kitabekerja? Malangnya bagi sesetengah individu, impian untuk membeli kereta baru akan kekal sebagai impian kerana bukan semua orang mempunyai pendapatan yang memampukan dirinya membeli kenderaan baru. Tetapi, agak malang sebuah kereta bukanlah satu kemewahan tetapi satu keperluan dan mereka yang tidak mampu membeli kenderaan baru harus bergantung kepada kenderaan terpakai.

Kadangkala kenyataannya ialah kita menabung sepanjang hidup agar mampu membeli kenderaan terpakai hanya untuk mengetahui kenderaan impian yang dibeli tidak berbaloi - masalah yang ditimbulkan oleh mereka yang menjualnya sebaik sahaja ia mula bermasalah.Sesuatu yang menyakitkan hati apabila anda menyedari anda telah membeli sesuatu yang rosak dan tidak mampu untuk membaikinya dan untuk menjualnya bermaksud anda tidak akan mampu mendapatkan yang lain - semua simpanan anda terikat kepada kenderaan rosak tersebut.

Tetapi tidak perlu gusar, ikut panduan berikut untuk mendapatkan kenderaan terpakai yang berpatutan :Minta rekod servis kenderaan tersebut. Ia akan menunjukkan samada pemilik sebelumnya menjaganya ataupun tidak dengan melakukan servis yang sepatutnya mengikut spesifikasi pengeluar.

Berhati-hati dengan rekod palsu ! Ini boleh terjadi ! Rekod servis boleh juga memberitahu samada pernah terjadi kerosakan mekanikal yang teruk.Periksa kenderaan untuk kesan karat selengkapnya. Tempat terbaik untuk memeriksanya adalah di celah pintu, bawah bonet dan di dalam but. Harus juga beri perhatian kepada kesan cubaan menutup karat dengan kata lain kerja menampal menggunak cat secara tidak profesional.

Dalam pada masa sama, periksa tanda-tanda samada kenderaan tersebut pernah terlibat dalam kemalangan. Sebarang tanda cat baru atau tanda penampalan boleh menjadi petunjuk yang kenderaan tersebut pernah memasuki kedai ketuk dan cat selepas terbabit dalam kemalangan. Periksa bahagian enjin samada pemilik sebelumnya menjaga enjin atau pun tidak - bahagian enjin kotor, terminal bateri berkarat, gelung getah lusuh atau reput, dan kesan minyak pada bahagian dalam bonet.

Alihkan penutup radiator dan hidupkan enjin semasa enjin masih sejuk. Periksa samada terbentuknya buih ataupun tidak pada air. Jika ada, kemungkinan gasket mengalami kerosakan.Berdiri di belakang kenderaan dan minta seseorang untuk menghidupkan enjin. Asap ekzos berwarna biru atau kelabu bermaksud sistem valve kenderaan tersebut mungkin telah lusuh. Ingat, jika banyak asap yang terbentuk keseluruhan enjin berkemungkinan bermasalah. Periksa keretakan pada kaca cermin kenderaan - kerana untuk menggantikannya kemudian adalah mahal.

Dengan bonet terbuka dan enjin masih hidup, beri perhatian pada bunyi-bunyi pelik, terutama bunyi seperti ketukan dan mencakar. Dan juga uji pandu kenderaan tersebut tanpa memasang radio untuk dengar jika terdapat sebarang bunyi pelik.

Periksa samada semua kelengkapan berfungsi.Apa yang penting, semasa uji pandu periksa pemanas dan penyejuk udara. Ini merupakan perkara yang kebiasaannya sering dilupai.Periksa untuk sebarang kebocoran minyak, bukan sahaja di bawah kenderaa tetapi juga di dalam bahagian enjin, terutamanya pada bahagian blok enjin dan bahagian terletaknya palam pencucuh (spark plug). ]

Keluarkan batang yang digunakan untuk periksa minyak hitam dan pastikan minyaknya adalah baru dan tidak berair. Jika minyak tersebut tebal dan kotor berkemungkinan pemilik sebelumnya jarang sevis kenderaan tersebut. Bandingkan fakta-fakta ini dengan sejarah servis. Harus diingati terdapat kenderaan bermotor terpakai yang bagus dan ada yang tidak. Dan juga kenyataannya terdapat jurujual yang tidak bertanggungjawab dengan menutup sebarang kerosakan mekanikal yang sirius dimana sukar dikesan pembeli.

Ada juga yang sanggup menghasilkan rekod penuh servis kenderaan yang palsu. Wang yang anda ingin gunakan adalah hasil titik peluh anda - jangan beli kenderaan pertama yang anda periksa. Survey dahulu di semua kedai yang ada dan cuba untuk periksa kesemua kenderaan dengan teliti. Ia juga satu cara pelaburan untuk membawa kenderaan tersebut kepada mekanik persendirian untuk pemeriksaan dan penilaian. Ianya adalah wang anda ; jangan biarkan sesiapa membuli anda ke arah pembelian yang akan anda sesali kemudian. Selamat berkenderaan motor!

Dipetik dari: http://ms.shvoong.com/business-management/1724138-tips-membeli-kenderaan-bermotor-terpakai/

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Followers

LinkWithin

Categories

Anak (3) Automotif (7) Bayi (10) Berbelanja (3) Bisnes (4) Blog (7) Blogger (2) Cinta (4) Emosi (1) Fesyen (2) Haiwan (4) Hubungan (10) Ibubapa (11) Iklan (1) Internet (4) Islam (1) Isteri (3) Keagamaan (1) Kecantikan (18) Keluarga (8) Kemahiran (1) Kerja Rumah (2) Kerjaya (4) Keselamatan (1) Kesihatan (39) Kewangan (3) Komputer (4) Laman web (4) Lelaki (3) Makanan (6) Memancing (2) Memandu (5) Mental (1) Motivasi (1) Outdoor (1) Panduan (1) Pekerjaan (2) Pelajar (3) Pelancongan (3) Penampilan (4) Pendidikan (4) Pengiklanan (1) Perasaan (1) Perhubungan (3) Perkahwinan (1) Permainan (1) Pertanian (1) Pertukangan (1) Petua (5) Rambut (3) Remaja (1) Rohani (1) Rumah (2) Tanaman (1) Teknologi (2) Telefon (1) Tidur (3) Tips (15) USB (1) Wanita (10) Wayang (1)

Tips dan Petua Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template