December 3, 2009

Tips menjadi bapa yg baik


BEBERAPA kajian menunjukkan bahawa kehadiran ayah menyumbang
terhadap kejayaan anak dalam setiap fasa kehidupan mereka. Kajian itu
disimpulkan dalam Father Facts, Edisi Ketiga (1998), antaranya:

- Bayi yang mempunyai ayah yang selalu bersama-sama anaknya
di lapan minggu pertama, lebih berkemampuan menangani tekanan di
alam persekolahan.

- Anak yang rapat dengan ayahnya pada zaman kanak-kanak
menjadi ejen `penyelesai masalah' yang baik apabila dewasa
berbanding kanak-kanak yang tidak dipedulikan oleh ayahnya.

- Apabila anak lelaki dan perempuan dididik dan dibelai
oleh ayahnya serta sentiasa di sampingnya, sikap mereka apabila
dewasa menjadi lebih berinisiatif dan mampu mengawal diri.

- Kanak-kanak yang mempunyai hubungan rapat dengan ayahnya
ketika zaman tumbesarannya akan menjadi seorang remaja dan orang dewasa
yang seimbang.

- Anak yang tidak berbapa.

Kajian menunjukkan kekosongan daripada belaian kasih ayah mempunyai
hubungan rapat dengan pelbagai permasalahan gejala sosial dan prestasi
pembelajaran anak-anak. Anak yang tidak tinggal dengan ayahnya
menunjukkan gejala seperti di bawah:

- Lima kali lebih teruk prestasi pembelajaran.
- Tiga kali lebih ramai yang mengandung tanpa nikah.
- Lebih 50 peratus kemungkinan keciciran dalam pembelajaran,
terbabit dengan gangsterism, penyalahgunaan dadah dan jenayah
juvana.

(Sumber: Pusat Kebapaan Kebangsaan)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tujuh rahsia menjadi ayah yang berkesan.

Ramai lelaki terbilang berjaya dan berbangga kerana menjadi seorang ayah
cemerlang dan berkesan. Menurut kajian Dr Ken Canfield, pengasas dan juga
Presiden Pusat Kebapaan Kebangsaan dalam penyelidikannya
mengenai `kebapaan' ada tujuh rahsia menjadi ayah yang berkesan:-

Bapa yang komited dan bertanggungjawab.

Jalankan tugas bapa dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Kenal
pasti apakah tugas anda sebagai bapa dalam rumah tangga. Tunjukkan dan
beritahu anak bahawa anda juga ada tugas dalam rumah tangga, disamping ibu mereka.
Anda bukan hanya bertugas di luar. Sekali-sekala berikan mereka
peluang untuk mengutarakan pandangan atau menegur anda jika terlupa atau
terlalai melakukan tugas anda di rumah. Selalu memeriksa dan memantau apakah anda
telah melaksanakan tugas di rumah. Bayangkan `hadiah' atau `anugerah'
yang bakal didapati (sama ada di dunia atau akhirat) jika anda menjadi
ayah cemerlang!

Kenali anak anda.

Ambil masa untuk mengenali secara khusus keunikan dan kualiti anak anda.
Libatkan diri dalam dunia mereka, hadiah yang mereka sukai,
ketakutan,kekecewaan malah impian dan cita-cita mereka. Cuba ingatkan semua nama
kawan mereka serta pembawaan masing masing. Kenal pasti apa yang
selalu mengecewakan, ditakuti, dibenci, paling memalukan serta yang boleh
memberi motivasi dan perangsang kepada mereka

Istiqamah (tetap pendirian)

Apabila anak tahu apa yang bapa mahukan, mereka akan lebih berasa yakin
serta boleh menyesuaikannya dengan kehendak anda. Jadi, istiqamah, tetap
pendirian serta konsisten. Ada enam tempat anda perlu konsisten
iaitu hadkan perubahan mood (jangan terlalu mengikuti perasaan); sentiasa ada di
rumah (selalu menghadirkan diri dalam acara kekeluargaan); kotakan apa
yang dikata, bukan cakap tidak serupa bikin; sentiasa menjaga moral dan
adab sopan; mempunyai atur cara kehidupan teratur serta ada hobi dan
kegemaran baik yang boleh dilihat dan diikuti.

Melindungi, menyara dan mendoakan.

Sediakan suasana dan rasa selamat dalam rumah dengan memberikan respon
yang positif setiap kali berlaku krisis dan permasalahan dalam rumah.
Paling penting anda memberikan saraan yang cukup kepada mereka. Bapa tidak boleh

menghalang berlakunya krisis, tetapi tindakan anda ketika berlaku krisis
dan mengembalikan suasana normal, sebenarnya `mengajar' anak
menangani krisis. Jangan lupa doakan untuk anak selepas solat.

Mencintai ibu mereka.

Zahirkan cinta anda kepada isteri anda di depan anak untuk menunjukkan
satu hubungan suami isteri yang intim dan bermakna. Jadikan diri anda
sebagai anggota dalam pasukan `keibubapaan', bukan hanya ibu. Inilah langkah dan
hadiah terbaik untuk anak. Dalam jangka panjang, anak mendapat manfaat
yang sangat bernilai daripada hubungan ibu bapa yang hormat-menghormati,
bekerjasama dan berkasih sayang.

Menjadi pendengar yang baik

Sedarlah bahawa anak mudah tersesat atau terpesong dalam arus dunia.
Dengar apa yang mereka katakan dan apa yang tidak terluahkan. Tunjukkan
kepada mereka bahwa mereka `berhak' untuk didengari dan diberi perhatian.

Jadikan diri anda `pemimpin' kerohanian.

Beri peluang anak anda mengenali Allah dengan menunjukkan `keimanan' dan
amal harian anda yang selari dengan tuntutan agama.Bawalah mereka
bersama-sama menunaikan solat berjemaah di masjid. Selalu bercerita mengenai
makhluk yang dicintai Allah di bumi dan langit.

Dipetik dari: http://kahsishak.blogspot.com/2008/07/tips-menjadi-bapa-yg-baik.html

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Followers

LinkWithin

Categories

Anak (3) Automotif (7) Bayi (10) Berbelanja (3) Bisnes (4) Blog (7) Blogger (2) Cinta (4) Emosi (1) Fesyen (2) Haiwan (4) Hubungan (10) Ibubapa (11) Iklan (1) Internet (4) Islam (1) Isteri (3) Keagamaan (1) Kecantikan (18) Keluarga (8) Kemahiran (1) Kerja Rumah (2) Kerjaya (4) Keselamatan (1) Kesihatan (39) Kewangan (3) Komputer (4) Laman web (4) Lelaki (3) Makanan (6) Memancing (2) Memandu (5) Mental (1) Motivasi (1) Outdoor (1) Panduan (1) Pekerjaan (2) Pelajar (3) Pelancongan (3) Penampilan (4) Pendidikan (4) Pengiklanan (1) Perasaan (1) Perhubungan (3) Perkahwinan (1) Permainan (1) Pertanian (1) Pertukangan (1) Petua (5) Rambut (3) Remaja (1) Rohani (1) Rumah (2) Tanaman (1) Teknologi (2) Telefon (1) Tidur (3) Tips (15) USB (1) Wanita (10) Wayang (1)

Tips dan Petua Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template