February 22, 2010

Tips pemilihan URL blog anda

Sekarang ini, blog merupakan antara perkara yang meningkat naik dalam dunia internet ini. Tidak kira la platform apa yang digunakan samada blogger atau wordpress dan pelbagai lagi, tetapi masih lagi dalam nama 'blog'.Paling tidak kurang pun walaupun tiada blog sendiri mereka ada mengunjungi blog² tertentu secara tetap. Ini jelas menunjukkan blog mempunyai kekuatan sendiri.

Bagi yang mempunyai blog, tujuan mereka berblogging pelbagai. Ada yang sekadar diari, berkongsi cerita, kupasan politik, kutuk orang, buat duit dan pelbagai lagi tujuan yang sukar untuk aku listkan semuanya.:)

Bagi yang sudah berpengalaman dalam dunia blogging, mungkin mereka sudah arif benar dengan ragam dan cara² yang perlu dan tidak perlu dalam dunia blogging ini. Tetapi bagi yang masih baru, agak sukar untuk memulakan blog jika tidak mendapat tunjuk ajar dari orang yang lebih berpengalaman. Tunjuk ajar ini bukanlah bermaksud orang ajar di depan mata semata², tetapi tunjuk ajar juga merujuk kepada tutorial, tips dan pelbagai lagi yang terdapat dalam blogosphere yang sangat luas ini.

Kali ini, aku akan cuba kupaskan sedikit tips² yang aku rasakan berguna kepada sesiapa yang terlibat dengan dunia blogging. Kepada yang sudah ada blog pun, tidak salah kalau anda membaca sampai habis. Mana la tahu kot² ada tips yang berguna untuk anda.:).


Untuk pengetahuan, tips² ini adalah berdasarkan pengalaman dan pembacan aku selama aku berada dalam dunia blogging ini. Aku bukanlah lama sangat berbanding otai² yang berada di luar sana. tetapi tidak salah kalau berkongsi kan. Manalah tahu anda boleh dapat manfaat dari apa yang ditunjukkan.

Untuk kali pertama ini, aku akan terangkan kepada satu bahagian sahaja. Iaitu pemilihan url blog.Ini kerana aku rasa ini adalah perkara yang penting bagi sesebuah blog.


1) Pilih nama yang unik


Pemilihan nama yang unik adalah penting memandangkan url yang dipilih akan menjadi pemacu utama kepada sesebuah blog. Pemilihan nama unik boleh jadi sesuatu yang belum ada dalam intenet. memang agak sukar untuk dipikirkan, tetapi manalah tahu anda terpikir untuk itu. Sebab itu dikatakan unik.:)

Selain itu, url blog yang unik juga boleh melibatkan nama anda ataupun ubah sedikit nama anda untuk url tetapi masih mengingatkan pengunjung kepada blog anda. Contohnya, abdulsamad.blogspot.com ataupun knizam.blogspot.com

Selain itu, pemilihan nama blog yang unik memudahkan engin pencarian memberi keputusan pencarian kepada blog anda. Contoh paling mudah, blog ini dengan nama unwanted86. Sukar untuk berada dalam ranking result dengan nama unwanted. tetapi dengan nama unwanted86, keputusan akan menunjukkan terus kepada blog ini.


2) Pilih url yang pendek.
Pemilihan url yang pendek adalah penting untuk mengingatkan pengunjung blog anda apabila mereka membuka blog anda. Dan apabila mereka tertarik, url yang pendek dapat memudahkan pengunjung anda untuk mengingati blog anda. Contoh blog ini dengan nama unwanted86. senang untuk ingat bukan.:) Cuba anda bayangkan kalau blog ini aku letakkan url unwanted86adalahseoranglelakidanpelajaryangmasihbelajarhe3.blogspot.com

Bukankah sangat menyakitkan hati untuk melihat url blog yang begitu panjang.:)


3)JANGAN pilih url yang 'tidak elok'

Kalau tips pertama dalah berkaitan url yang unik, tetapi ada beberapa kekangan untuk nama unik itu. Jangan ingat unik semua boleh ye.:). JANGAN sama sekali menggunakan url yang berada dalam kategori 'tidak elok' untuk membuat url blog anda. Cuba anda bayangkan, anda terbuka satu blog dengan nama www.kepala-hotak-engkau.blogspot.com.

Apa pandangan pertama anda. Kalau tidak pun url blog ohgaybengongsungguh.blogspot.com. Kan sangat tidak elok url tersebut walaupun kandungan entri anda berbentuk ilmiah.:)


4)JANGAN masukkan karakter pelik dalam url blog anda.
Ini salah satu lagi tips penting untuk url blog. JANGAN masukkan karakter pelik² untuk url anda. Bayangkan url blog adalah http://Aku♫◄dan‼dia♪$".blogspot.com.

Adakah anda berasa begitu unik dengan url blog yang ada character pelik².? Adalah silap untuk merasa unik dengan karater yagn pelik. Pemilihan karakter pelik adalah 'pembunuh' kepada bilangan pengunjung blog anda. Sangat sukar untuk mengingati url dengan karakter yang pelik².


5) Pilih url berkaitan dengan tajuk (tujuan) blog anda.

Bagi yang membuat blog untuk bercerita atau diari, tidak kisah kalau guna url apa. Tetapi jika anda mempunyai tujuan khas untuk membuat blog, pastikan url blog berkaitan dengan tujuan anda. Contoh, anda ingin membuat blog berkaitan komputer, maka, contoh url yang bagus adalah tipskomputer.blogspot.com dan sebagainya.

Selain itu pemilihan url yang berkaitan dengan topik blog anda dapat menarik trafik yang lebih tinggi dari enjin pencarian. Berguna bukan.:)


6) Jangan guna URL bahasa asing
Bahasa asing yang dimaksudkan disini bukan 'asing' secara realitinya. Tetapi asing bermaksud url dalam 'taipan' bahasa luar. Contohnya anda seorang melayu, tetapi pandai menulis jepun atau arab. Kalau anda hendak buat blog untuk orang melayu, pastikan urlnya adalah dalam bahasa melayu, bukannya bahasa arab atau jepun.

Dahulu aku ada pernah tengok url seperti itu untuk blog bahasa melayu, dan lihatlah sekarang, aku tidak boleh pun mencari blog dalam google denagn url bahasa asing. Kerana apa.? Keyboard tiada untuk bahasa asing dan aku tidak boleh menaip pun dalam bahasa asing.

7) Jangan terlalu banyak campuran nombor dan huruf secara rambang.
Satu lagi berkaitan url adalah kombinasi huruf dan nombor. Tidak salah jika kombinasi itu tidak terlalu berceramuk. Contoh anda tengok blog ini, kombinasi huruf dan nombor. unwanted86.
Tetapi jangan randomkan nombor dengan terlalu banyak. Kerana lebih mudah mengingati perkataan berbanding nombor.

CONTOH :
Elok : unwanted.blogspot.com
Biasa :
unwanted86.blogspot.com
Kurang elok : unwanted8796854.blogspot.com
Agak teruk : un2wanted7ed86.blogspot.com
Sangat teruk : 1un345wa45nt43ed86.blogspot.com




----------------------------------

Rasanya sampai setakat dahulu tips² yang aku tahu pasal url ini.
Nanti kalau ada aku terpikir lagi aku update la.
Atau kalau pelawat maya ada tips² lain bolehlah dikongsi ek.

Selepas anda membaca tips² berkaitan url ini.
Teringatkah anda akan bentuk url anda.
Cuba pikir balik url blog anda.
Adakah tersenarai dalam senarai ok atau tidak..:)

Kalau ok baguslah.
Kalau tidak ok, apa kata kalau anda tukar kepada url yang lebih baik yang lebih friendly visitor.:) (cadangan la).

Happy blogging.:)


Dipetik dari: http://unwanted86.blogspot.com/2009/10/blogger-tips-url.html

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Followers

LinkWithin

Categories

Anak (3) Automotif (7) Bayi (10) Berbelanja (3) Bisnes (4) Blog (7) Blogger (2) Cinta (4) Emosi (1) Fesyen (2) Haiwan (4) Hubungan (10) Ibubapa (11) Iklan (1) Internet (4) Islam (1) Isteri (3) Keagamaan (1) Kecantikan (18) Keluarga (8) Kemahiran (1) Kerja Rumah (2) Kerjaya (4) Keselamatan (1) Kesihatan (39) Kewangan (3) Komputer (4) Laman web (4) Lelaki (3) Makanan (6) Memancing (2) Memandu (5) Mental (1) Motivasi (1) Outdoor (1) Panduan (1) Pekerjaan (2) Pelajar (3) Pelancongan (3) Penampilan (4) Pendidikan (4) Pengiklanan (1) Perasaan (1) Perhubungan (3) Perkahwinan (1) Permainan (1) Pertanian (1) Pertukangan (1) Petua (5) Rambut (3) Remaja (1) Rohani (1) Rumah (2) Tanaman (1) Teknologi (2) Telefon (1) Tidur (3) Tips (15) USB (1) Wanita (10) Wayang (1)

Tips dan Petua Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template