March 4, 2010

Tips cipta produk informasi sendiri

Mungkin ada yang mempunyai impian utk mencipta produk informasi sendiri.

Berikut saya kongsikan 10 tips yg mungkin boleh anda aplikasikan dalam memenuhi impian tersebut :

1. Sentiasa membawa ke mana-mana sebuah buku nota kecil dan sebatang pen.
Anda harus sentiasa bersedia pada setiap detik jika secara tiba-tiba anda mendapat idea. Jika tidak dicatat idea tersebut, saya pasti anda akan mudah lupa.

2. Idea yang datang secara tidak diduga tidak harus anda edit.
Tulis sahaja, kemudian barulah anda fikirkannya semula walaupun idea tersebut ‘gila-gila’ dan tidak masuk akal sekali pun pada awalnya.

3. Mulakan mencari idea berdasarkan hobi anda.
Ada kebarangkalian yang tinggi untuk anda mengembangkan sepuluh idea berlainan lagi hanya daripada salah-satu daripada hobi anda.

4. Kenangkan kembali pengalaman-pengalaman anda yang silam.
Mungkin anda mempunyai pengalaman bekerja di sesebuah tempat yang menarik di mana perkongsian pengalaman tersebut amat bermanfaat untuk dikongsi bersama orang lain. Anda boleh mencipta produk informasi berkaitan bidang pekerjaan anda yang lalu.

5. Baca akhbar harian untuk melihat apakah isu-isu semasa yang menjadi topik perbualan hangat.
Jika ia adalah suatu masalah, anda boleh fikirkan penyelesaiannya dan dari situ bangunkan suatu produk atau perkhidmatan yang boleh menyelesaikan masalah masyarakat di sekeliling.

6. Lawati perpustakaan atau kedai-kedai buku dan majalah.
Di sana terdapat pelbagai buku dari pelbagai tajuk dan niche. Mana tahu dari situ anda akan mendapat idea baru untuk mencipta produk dalam sesuatu niche. Jika terdapatnya buku bagi sesuatu niche atau bidang itu, ada kemungkinan besar yang niche tersebut menguntungkan atau profitable. Sebab apa? Sebab dia mudah saja, jika terdapat buku atau majalah dalam sesuatu niche itu yang terjual sehingga kini, sudah tentulah ada orang yang membelinya. Ada orang yang membeli, maksudnya ada lah proses jual beli di situ.

7. Tengok dan kaji setiap iklan di TV.

Dari situ mungkin anda akan dapat idea untuk keluarkan produk informasi. Pelbagai niche yang diketengahkan oleh iklan-iklan tersebut. So, the next time ada iklan di TV, jangan mengeluh atau tukar siaran. Kaji dan cuba jana idea untuk hasilkan produk sendiri yang berkaitan. Ini juga boleh kita jadikan salah-satu indicator untuk nak tahu samada niche dalam iklan itu profitable atau pun tidak. Sudah tentulah ianya menguntungkan dan buying niche. Kalau tak, tak kan lah pihak pengiklan sanggup menghabiskan wang ribuan RM untuk stesen-stesen TV macam TV3, ntv7 dan sebagainya menyirakan iklan mereka.

8. Buat research di Clickbank Marketplace.
Di situ terdapat berpuluh-puluh niche berbeza. Bukan takat niche buat duit. Kembangkan minda anda sikit. Cipta produk informasi berdasarkan niche yang ada di situ. Jangan hanya fikirkan niche buat duit.

9. Pastikan idea produk yang bakal anda cipta tu menyelesaikan masalah orang lain.
Tak guna kalau buat produk yang anda syok sendiri. Tanya diri anda, adakah produk tersebut boleh menyelesaikan sesuatu masalah.

10. Tanya pada diri anda soalan-soalan berikut : Produk
anda mengenai apa? Siapakah yang bakal membeli produk anda? Mengapa mereka harus beli produk anda dan bukan produk orang lain? Bila pada kebiasaannya produk tersebut akan dibeli? Bagaimana para pelanggan anda boleh membeli produk anda dengan cara semudah yang boleh?

Dipetik dari: http://www.wangcyber.com/forum/tips-and-panduan/26021-10-tips-cipta-produk-informasi-sendiri.html

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Followers

LinkWithin

Categories

Anak (3) Automotif (7) Bayi (10) Berbelanja (3) Bisnes (4) Blog (7) Blogger (2) Cinta (4) Emosi (1) Fesyen (2) Haiwan (4) Hubungan (10) Ibubapa (11) Iklan (1) Internet (4) Islam (1) Isteri (3) Keagamaan (1) Kecantikan (18) Keluarga (8) Kemahiran (1) Kerja Rumah (2) Kerjaya (4) Keselamatan (1) Kesihatan (39) Kewangan (3) Komputer (4) Laman web (4) Lelaki (3) Makanan (6) Memancing (2) Memandu (5) Mental (1) Motivasi (1) Outdoor (1) Panduan (1) Pekerjaan (2) Pelajar (3) Pelancongan (3) Penampilan (4) Pendidikan (4) Pengiklanan (1) Perasaan (1) Perhubungan (3) Perkahwinan (1) Permainan (1) Pertanian (1) Pertukangan (1) Petua (5) Rambut (3) Remaja (1) Rohani (1) Rumah (2) Tanaman (1) Teknologi (2) Telefon (1) Tidur (3) Tips (15) USB (1) Wanita (10) Wayang (1)

Tips dan Petua Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template