April 25, 2010

Tips melipat baju

Selepas bertahun2 kawin, alhamdulillah saya dikurniakan anak yang ramai. Mula tak menang tangan untuk menguruskan kain baju yang bertimbun2. Kalau mengikut petua emak saya, semua kainbaju perlu dilipat dengan kemas dan rapi - macam ni...

Semasa remaja, saya pernah menjadi pelipat baju untuk keluarga saya bersaiz 9 orang(!!) yang koleksi bajunya adalah sebanyak dua bukit kecil. Saya melipat setiap satu seperti di gambar sambil menonton televisyen dan mengambil masa sehingga 2 jam!

Apabila saya sendiri beranak-pinak, saya rasa tak mampu menghabiskan keseluruhan malam saya hanya untuk melipat baju. Saya berhempas pulas mencari akal untuk memudahkan kerja saya. Akhirnya - ilham! Baju yang sudah saya gantung semasa menyidai, saya angkat dan gantung terus ke dalam almari. Untuk lebih kemas, saya cuma terbalikkan semula baju yang terbalik. Ini termasuklah, tshirt harian suami dan anak2 saya. Yang tidak dapat digantung cuma kain pelekat dan batik serta anak2 baju sahaja!
Setelah itu, saya mendapat idea lagi. Saya telah membeli 2 almari dua pintu. One for me and one for my husband! Tadaaa! Problem solved. Ini sangat menjimatkan masa. Kami tidak lagi tercari2 baju untuk kerja di celah2 baju pasangan. Saya juga boleh menyusun baju saya mengikut saiz (masih ingin mengekalkan tradisi mak saya) atau mengikut jenis atau mengikut colour. Pendek kata, ikut kemudahan kami masing2 lah. Kenapa perlu berkongsi sedangkan ada solusi lebih `convenient' lagi.

Dipetik dari: http://mengemasrumah.blogspot.com/2009/04/tips-melipat-baju.html

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Followers

LinkWithin

Categories

Anak (3) Automotif (7) Bayi (10) Berbelanja (3) Bisnes (4) Blog (7) Blogger (2) Cinta (4) Emosi (1) Fesyen (2) Haiwan (4) Hubungan (10) Ibubapa (11) Iklan (1) Internet (4) Islam (1) Isteri (3) Keagamaan (1) Kecantikan (18) Keluarga (8) Kemahiran (1) Kerja Rumah (2) Kerjaya (4) Keselamatan (1) Kesihatan (39) Kewangan (3) Komputer (4) Laman web (4) Lelaki (3) Makanan (6) Memancing (2) Memandu (5) Mental (1) Motivasi (1) Outdoor (1) Panduan (1) Pekerjaan (2) Pelajar (3) Pelancongan (3) Penampilan (4) Pendidikan (4) Pengiklanan (1) Perasaan (1) Perhubungan (3) Perkahwinan (1) Permainan (1) Pertanian (1) Pertukangan (1) Petua (5) Rambut (3) Remaja (1) Rohani (1) Rumah (2) Tanaman (1) Teknologi (2) Telefon (1) Tidur (3) Tips (15) USB (1) Wanita (10) Wayang (1)

Tips dan Petua Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template