December 4, 2009

Tips kebersihan diri



Amalan kebersihan yang perlu di amalkan semasa mengendali makanan;
Basuh tangan sebelum dan selepas mengendali makanan. Basuhlah tangan dengan sabun selalu.
Tangan adalah anggota badan yang kerap bersentuh dengan makanan. Oleh itu, ia perlu dibersihkan setiap kali sebelum memulakan kerja-kerja penyediaan makanan atau selepas:
  1. Ke tandas.
  2. Menyentuh muka terutamanya hidung, mulut atau telinga.
  3. Mengendalikan makanan mentah.
  4. Mengendalikan sampah sarap.
  5. Rehat atau setiap kali kembali ke tempat penyediaan.
  6. Membersih dan disinfeksi tempat kerja.
Semua tempat penyediaan makanan harus mempunyai sinki khas untuk membasuh tangan dan dibekalkan dengan sabun, air paip dan tisu yang bersih. (Penggunaan sabun cecair amat digalakkan kerana mungkin sabun buku mengandungi kuman daripada penggunaan sebelumnya).
Amalkan 7 langkah membasuh tangan yang betul:

1   )     Basuh tangan dengan sabun secukupnya.
2   )     Gosok tapak tangan.
3   )     Gosok setiap jari dan celah jari.
4   )     Gosok kuku di tapak tangan.
5   )     Gosok belakang tangan.
6   )     Basuh dengan air bersih secukupnya.
7   )     Keringkan tangan dengan kain bersih.
Pakaian
Pakai pakaian yang sempurna dan bersih. Gunakan pakaian pelindung (apron), sarung tangan (jika perlu) dan penutup kepala. Pastikan apron, penutup kepala dan sarung tangan adalah bersih dan dipakai dengan betul.
Rambut
Rambut mengandungi pelbagai jenis kuman. Oleh itu rambut harus bersih, diikat dan ditutup semasa mengendalikan makanan. Jangan menyikat rambut semasa berada di tempahpenyediaan makanan.
Pakai penutup kepala dan jangan sentuh atau sikat rambut dalam kawasan penyediaan dan semasa menghidang makanan.
Janggut dan misai hendaklah dijaga rapi.
Amalkan tabiat kebersihan diri yang betul. Jangan menyentuh kulit khasnya mulut, hidung dan telinga. Jangan meludah, mengunyah, makan, merokok atau mengorek hidung.

Mulut, Hidung dan Telinga

Staphylococcus aureus biasanya didapati hadir dalam mulut, hidung dan telinga. Pemindahan bakteria boleh berlaku dan boleh mencemarkan makanan sekiranya:
  1. Batuk semasa mengendalikan makanan.
  2.  Merasa makanan dengan jari.
  3. Mengorek hidung semasa menyediakan makanan.
  4. Meludah merata-rata.
  5. Merokok.
  6. Makan semasa menyediakan makanan.

    Dipetik dari: http://fazlisyam.com/kebersihanmakanan/kebersihandiri.html 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Followers

LinkWithin

Categories

Anak (3) Automotif (7) Bayi (10) Berbelanja (3) Bisnes (4) Blog (7) Blogger (2) Cinta (4) Emosi (1) Fesyen (2) Haiwan (4) Hubungan (10) Ibubapa (11) Iklan (1) Internet (4) Islam (1) Isteri (3) Keagamaan (1) Kecantikan (18) Keluarga (8) Kemahiran (1) Kerja Rumah (2) Kerjaya (4) Keselamatan (1) Kesihatan (39) Kewangan (3) Komputer (4) Laman web (4) Lelaki (3) Makanan (6) Memancing (2) Memandu (5) Mental (1) Motivasi (1) Outdoor (1) Panduan (1) Pekerjaan (2) Pelajar (3) Pelancongan (3) Penampilan (4) Pendidikan (4) Pengiklanan (1) Perasaan (1) Perhubungan (3) Perkahwinan (1) Permainan (1) Pertanian (1) Pertukangan (1) Petua (5) Rambut (3) Remaja (1) Rohani (1) Rumah (2) Tanaman (1) Teknologi (2) Telefon (1) Tidur (3) Tips (15) USB (1) Wanita (10) Wayang (1)

Tips dan Petua Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template