December 4, 2009

Tips menangani masalah kewangan



Jika anda sering berasa tidak puas hati dengan pasangan artda dalam hal perbelanjaan isi rumah, jangan berdiam diri kerana ini akan memburukkan keadaan. Mungkin ada yang takut untuk menyuarakan pandangan tentang corak perbelanjaan pasangan anda namun harus diingatkan bahawa apabila sudah mengambil keputusan untuk hidup bersama, segala keputusan hendaklah atas persetujuan bersama. Oleh itu jika keadaan ini berlaku kepada anda, salah seorang daripada anda sepatutnya memberanikan diri untuk bertanya dan berbincang mengenai hal-hal kewangan. Hal ini penting jika tidak, anda bukan sahaja akan dibelenggu dengan masalah kewangan tetapi turut berhadapan dengan masalah rumah tangga. 
 
Berikut adalah beberapa tip yang boleh dijadikan panduan:

• Jangan segan untuk bertanya kepada pasangan anda mengenai corak dan tabiat kewangannya seperti cara perbetanjaan, tanggungan hutang dan sejauh mana pasangan anda tahu mengenai pelaburan.
• Keluarkan sedikit bajet untuk membeli dan ambit masa untuk membaca buku-buku mengenai pengurusan kewangan atau berjumpalah dengan pakar perancangan kewangan untuk memperbaiki corak anda dan pasangan menguruskan kewangan.
• Anibil masa untuk berbincang tentang impian kewangan anda berdua serta bagaimana anda dan pasangan mahu menghadapi waktu-waktu persaraan kelak.
• Selain itu, anda dan pasangan perlulah berbincang tentang cara-cara bagaimana mahu meningkatkan hasit pendapatan dan bagaimana cara yang terbaik untuk mengurangkan perbelanjaan serta banyakkan menyimpan untuk masa depan.
• Apa yang paling penting ialah bagaimana anda dan pasangan anda ,boleh melindungi diri dan keluarga jaminan apabila berlakunya musibah yang tidak dapat dielakkan. Contohnya mengambil  perlindungan insurans seperti insurans kemalangan, insurans perubatan dan  sebagainya.
• Bekerjasamalah untuk  kewangan anda dan jangan mengharapkan seorang ' sahaja yang menguruskannya.
• Tetapkan tarikh setiap bulan untuk mesyuarat bajet kewangan. 

Dipetik dari: http://fazlisyam.com/pengurusankewangan/masalahkewangan.html 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Followers

LinkWithin

Categories

Anak (3) Automotif (7) Bayi (10) Berbelanja (3) Bisnes (4) Blog (7) Blogger (2) Cinta (4) Emosi (1) Fesyen (2) Haiwan (4) Hubungan (10) Ibubapa (11) Iklan (1) Internet (4) Islam (1) Isteri (3) Keagamaan (1) Kecantikan (18) Keluarga (8) Kemahiran (1) Kerja Rumah (2) Kerjaya (4) Keselamatan (1) Kesihatan (39) Kewangan (3) Komputer (4) Laman web (4) Lelaki (3) Makanan (6) Memancing (2) Memandu (5) Mental (1) Motivasi (1) Outdoor (1) Panduan (1) Pekerjaan (2) Pelajar (3) Pelancongan (3) Penampilan (4) Pendidikan (4) Pengiklanan (1) Perasaan (1) Perhubungan (3) Perkahwinan (1) Permainan (1) Pertanian (1) Pertukangan (1) Petua (5) Rambut (3) Remaja (1) Rohani (1) Rumah (2) Tanaman (1) Teknologi (2) Telefon (1) Tidur (3) Tips (15) USB (1) Wanita (10) Wayang (1)

Tips dan Petua Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template