December 4, 2009

Tips kebersihan dan keselamatan makanan


Apakah maksud keselamatan makanan?
Keselamatan makanan bermaksud makanan itu bersih daripada kuman berbahaya, racun, toksin dan bersih daripada najis dan bahan buangan yang lain.

Mengapa Makanan kita mesti bersih ?
Makanan yang tidak bersih boleh mengandungi bahan-bahan berbahaya atau bakteria yang boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan seperti taun, tifoid, keracunan makanan, penyakit kuning (Hepatitis A) dan Iain-lain.
Apakah perkara-perkara asas yang perlu diutamakan untuk memastikan makanan yang bersih?
  1. Kebersihan bahan mentah.
  2. Pengendalian makanan yang bersih.
  3. Kebersihan diri pengendali makanan.
  4. Keperluan kesihatan asas yang mencukupi.
  5. Premis makanan yang mempunyai persekitaran yang bersih.
  6. Rekabentuk premis makanan dan peralatan yang sesuai.
  7. Penyediaan dan penyimpanan makanan yang betul.
Aspek Kebersihan dalam pengendalian makanan merangkumi ;
a )      Pengendali  makanan.
b )      Bahan mentah.
c )      Peralatan yang digunakan.
d )      Persekitaran seperti dapur dan tempat menyediakan makanan.

Siapakah itu pengendali makanan ?
Pengendali makanan adalah semua orang yang terlibat dengan penyediaan makanan daripada mula hinggalah makanan itu diambil atau dimakan. la adalah mana-mana individu yang terlibat dalam penyediaan, penyajian dan juga penjualan makanan.

Bagaimanakah kita memastikan makanan yang disediakan adalah bersih dan selamat?
Salah satu langkah bagi memastikan makanan yang disediakan adalah bersih dan selamat adalah dengan menjaga kebersihan diri dan mengamalkan amalan kebersihan yang perlu semasa mengendalikan makanan.
 Dipetik dari: http://fazlisyam.com/kebersihanmakanan/

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Recent Visitors

Followers

Categories

Anak (3) Automotif (7) Bayi (10) Berbelanja (3) Bisnes (4) Blog (7) Blogger (2) Cinta (4) Emosi (1) Fesyen (2) Haiwan (4) Hubungan (11) Ibubapa (11) Iklan (1) Internet (4) Islam (1) Isteri (3) Keagamaan (1) Kecantikan (18) Keluarga (8) Kemahiran (1) Kerja Rumah (2) Kerjaya (4) Keselamatan (1) Kesihatan (39) Kewangan (3) Komputer (4) Laman web (4) Lelaki (3) Makanan (6) Memancing (2) Memandu (5) Mental (1) Motivasi (1) Outdoor (1) Panduan (1) Pekerjaan (2) Pelajar (3) Pelancongan (3) Penampilan (4) Pendidikan (4) Pengiklanan (1) Perasaan (1) Perhubungan (3) Perkahwinan (2) Permainan (1) Pertanian (1) Pertukangan (1) Petua (5) Rambut (3) Remaja (1) Rohani (1) Rumah (2) Tanaman (1) Teknologi (2) Telefon (1) Tidur (3) Tips (15) USB (1) Wanita (10) Wayang (1)

Tips dan Petua Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template