December 15, 2009

Tips mengurangkan sakit bengkak susu selepas bersalin



Bengkak susu biasanya dialami oleh ibu-ibu selepas bersalin disebabkan ada jalan atau saluran susu yang tersumbat. Ini menyebabkan susu tidak dapat keluar dan boleh menyebabkan ibu yang mengalaminya demam. Bila ini terjadi, anda akan dapati payu dara anda nampak berkilat, sakit, tegang dan keras serta agak panas apabila dipegang. Payudara yang bengkak biasanya akan disertai rasa bisa dan sakit berdenyut.  Tidak dapat disangkal, sakit bengkak susu ini juga adalah antara punca kenapa ada ibu yang give up untuk menyusukan bayi kerana tidak tahan menanggung sakit. Jika ini juga terjadi kepada anda, boleh cuba langkah dan tips berikut :
  1. Bermula dari hari ke 2 selepas bersalin, tuam payu dara dengan tuala yang telah direndam dengan air suam.Tapi biasanya kalau buat macam ni, sekejap saja tuala dah sejuk balik dan nak kena tukar air suam lagi. So what is the best way? Jika ada botol susu baby, isikan dengan air panas, balut dengan kain atau tuala dan tuamkan ke payu dara. Dengan ini air panas didalam botol akan tahan lama sikit dan anda tak payah nak tukar air atau celup tuala kedalam air suam selalu. Selain dari itu, baju anda juga tidak akan basah ;)
  2. Jika anda mempunyai tungku, boleh juga digunakan untuk tuam payu dara anda bagi mengelakkan bengkak susu. Oh ya, bercakap tentang tungku, mamamodern.com ada menawarkan tungku moden. Cuma perlu dicas dengan elektrik selama 5 minit, dan ia sedia untuk digunakan. Nak lihat macam mana rupa tungku moden tu? >> Klik Sini ye… << Nota : sebaiknya balut tungku dengan kain yang agak tebal sikit. Maklumlah payu dara adalah tempat yang sensitif. Nanti kalau panas sangat, rasa sakit pula.
  3. Urut payu dara anda dengan minyak panas atau minyak gamat. Tujuannya untuk memecahkan ketulan-ketulan susu yang tersumbat. Cara urutan ialah letakkan ibu jari dibahagian yang berketul, urut dengan cara putaran (tak kiralah, ikut arah jam atau lawan arah jam) sehingga anda merasa ketulan mulai lembut. Kemudian urut ke arah puting dan picit perlahan-lahan sehingga keluar susu. Cara ini mengambil masa sehari ke tiga hari juga kerana anda perlu menahan sakit dan urut berulang kali. Tapi sebenarnya ini adalah cara terbaik jika payu dara anda telah mula tersumbat.
  4. Mandi dengan air suam. Jika dirumah anda ada pemanas air, setiap kali mandi anda boleh siram payu dara dengan air suam. Ini untuk membantu melancarkan saluran susu yang tersumbat.
  5. Hubungi hospital bersalin dan doktor / nurse yang merawat anda. Jika tak tahan sangat sakit, anda boleh saja terus ke hospital untuk meminta mereka yang pakar membantu anda.
  6. Letak kobis…??? — Errr… maaf, tapi saya kurang setuju dengan cara ini. Sebab ia hanya sekadar mampu mengurangkan rasa sakit, tapi susu masih juga tersumbat. Jika diamalkan dengan kerap, ia boleh mengurangkan susu anda pula nanti.
Sumber: http://www.bengkungmoden.com/blog/breastfeeding-menyusukan-bayi/bengkak-susu-selepas-bersalin/

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Followers

LinkWithin

Categories

Anak (3) Automotif (7) Bayi (10) Berbelanja (3) Bisnes (4) Blog (7) Blogger (2) Cinta (4) Emosi (1) Fesyen (2) Haiwan (4) Hubungan (10) Ibubapa (11) Iklan (1) Internet (4) Islam (1) Isteri (3) Keagamaan (1) Kecantikan (18) Keluarga (8) Kemahiran (1) Kerja Rumah (2) Kerjaya (4) Keselamatan (1) Kesihatan (39) Kewangan (3) Komputer (4) Laman web (4) Lelaki (3) Makanan (6) Memancing (2) Memandu (5) Mental (1) Motivasi (1) Outdoor (1) Panduan (1) Pekerjaan (2) Pelajar (3) Pelancongan (3) Penampilan (4) Pendidikan (4) Pengiklanan (1) Perasaan (1) Perhubungan (3) Perkahwinan (1) Permainan (1) Pertanian (1) Pertukangan (1) Petua (5) Rambut (3) Remaja (1) Rohani (1) Rumah (2) Tanaman (1) Teknologi (2) Telefon (1) Tidur (3) Tips (15) USB (1) Wanita (10) Wayang (1)

Tips dan Petua Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template