May 23, 2010

Tips memberi komen dalam blog


Salam ollz..
Sebelum ni saya ada terangkan kpd anda semua tentang CommentLuv dan kelebihannya. Hari ni saya akan sambung dan tambah bagaimana anda dpt tingkatkan populariti semasa memberi komen.
Chapter 2: Komentator Bijak.
Ada beberapa perkara yg perlu anda tahu untuk jadi komentator yg bijak selain pengetahuan tentang CommentLuv. Pengetahuan tentang komen berangkai (thread comment) juga dpt membantu anda tingkatkan populariti masa berkomen. Apa tu thread comment? Tgk sendiri kat gambar bawah ni ye. Klik utk besarkan imej..




Keistimewaan yg anda boleh dpt dlm berkomen di thread comment ialah:
1. Anda boleh mencelah secara terus di perbualan komentator lain dgn tuan punya blog.

Sebagai contoh spt gambar di atas, saya berkomen dgn suffer8zine di blog darkbatman. Di sini komen kami diperhatikan tuan tanah. Hubungan 3 hala terbentuk. Berbanding bukan thread comment, biasanya hanya 2 hala iaitu tuan tanah kedaung dgn sorg komentator sahaja.
2. Anda boleh promotekan link latest post  yg berbeza (blog yg ada commentluv sahaja).
Sbg contoh (rujuk gambar di atas) , utk komen 1 saya dropkan link entri “Perempuan…” dan komen 2 entri “Tutorial..”. Di sini pluang utk promote link entri anda kan lebih banyak.
Cukup setakat tu utk thread comment dan commentluv.


Seterusnya saya akan terangkan bagaimana utk memberi komen secara bijak:
1. Beri komen yg bernas.
Baca semua yg ditulis di entri sebelum anda dropkan komen. Dan berilah komen yg paling bernas, sepanjang yg anda mampu fikirkan. Kadang2 yg saya perhatikan komentator ni hanya baca title entri dan terus drop komen. Tajuk tu saja kasi gempak tak sama dgn isi entri, tp komentator tersebut bagi komen berdasarkan title semata2. Kantoi tak baca isi entri di situ. Elakkan perkara camni.


2. Scanning entri.
Kalaupun entri tu sangat panjang dan susah difahami, gunakan teknik scanning iaitu baca sekali imbas semua isi entri tersebut. Sekurang2nya anda buleh dpt point2 penting tentang ape yg penulis nak sampaikan.


3. Hayati entri yg ditulis.
Berikan mood komen yg sesuai dgn entri. Kalau entri tersebut tentang kematian, kesedihan jgn pula anda buat lawak tak tentu pasal. Kalau entri yg serius anda juga perlu serius dan berikan komen yg terbaik, berjela yg mampu anda pikirkan. Tapi kalau entri lawak, anda juga patut jadi badut di komen tersebut..


4. Baca komen orang lain.
Baca dulu komen org lain terdahulu.  Sebabnya kemungkinan komen yg anda mahu berikan tu sudah pn ditulis org lain. Utk menarik perhatian adalah penting komen anda lain drpd org lain.


5. Utamakan komentator.
Sebagai blogger, anda harus berikan keutamaan kpd komentator anda. Bermaksud komen kembali di entri komentator anda sbg tanda menghargai mereka. Cara ini juga boleh membantu anda dapatkan komentator tetap.


6. Jangan beri komen kontroversi.
Ha, benda ni tak baek punya. Ramai blogger bergaduh sesama sendiri sbb beri komen yg menjatuhkan org lain. Jadi elakkan sama sekali ye.


Kebijaksanaan dalam memberi komen boleh membuatkan kita menjadi perhatian orang, seterusnya meningkatkan populariti dgn hanya memberi komen.
Harap tips ni sedikit sebanyak dapat membantu kita semua dalam memberi komen dgn lebih bijak. =)

Dipetik dari: http://nizamlimited.frenzyfm.my/tips-tingkatkan-populariti-dlm-berkomen.html

2 comments:

Mommyyus on May 24, 2010 at 5:39 AM said...

ermm..komen pun ade tutorial ek. bagus2..teknik scanning tu kena belajar dulu.

gnesop on May 26, 2010 at 8:44 AM said...

terima kasih Mommyyus..
ilmu dikongsi bersama lebih berkat.
(kredit pada nizamlimited)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Followers

LinkWithin

Categories

Anak (3) Automotif (7) Bayi (10) Berbelanja (3) Bisnes (4) Blog (7) Blogger (2) Cinta (4) Emosi (1) Fesyen (2) Haiwan (4) Hubungan (10) Ibubapa (11) Iklan (1) Internet (4) Islam (1) Isteri (3) Keagamaan (1) Kecantikan (18) Keluarga (8) Kemahiran (1) Kerja Rumah (2) Kerjaya (4) Keselamatan (1) Kesihatan (39) Kewangan (3) Komputer (4) Laman web (4) Lelaki (3) Makanan (6) Memancing (2) Memandu (5) Mental (1) Motivasi (1) Outdoor (1) Panduan (1) Pekerjaan (2) Pelajar (3) Pelancongan (3) Penampilan (4) Pendidikan (4) Pengiklanan (1) Perasaan (1) Perhubungan (3) Perkahwinan (1) Permainan (1) Pertanian (1) Pertukangan (1) Petua (5) Rambut (3) Remaja (1) Rohani (1) Rumah (2) Tanaman (1) Teknologi (2) Telefon (1) Tidur (3) Tips (15) USB (1) Wanita (10) Wayang (1)

Tips dan Petua Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template