May 27, 2010

Tips Meningkatkan Pendapatan Nuffnang Dengan Cara Yang Betul

Haa. Kalau sebelum ni, berapi-api post daripada Khai dekat blog Abang Juju tentang team klik-klik Nuffnang. Sekarang ni mari Kak Lala cerita sikit tentang tips untuk korang semua menjana pendapatan daripada Nuffnang dengan cara yang betul. Psst, btw Kak Lala yang bagi nama Juju dekat Abang Juju tau. Kihkih!

Gedik pula Kak Lala segala bagai ni. Tukar la. Sebelum tu, mengulas mengenai post Khai di blog Rjuna tu, aku senyum je baca setiap apa yang Khai cakap dalam artikel tu. Memang betul la semua point yang Khai highlight dalam artikel tersebut. Cuma mungkin bahasa yang digunakan agak kasar sedikit, sehingga ada blogger newbie yang mungkin terguris hati

Terus-terang cakap, kalau mudah sangat terguris hati susah la nak jadi blogger. Bila korang semakin meningkat naik dalam dunia blogging, lagi banyak kutukan yang korang akan terima. Pada mata kasar, orang hanya nampak kita banyak terima pujian. So, belajar-belajarlah untuk menerima kritikan dengan hati yang terbuka. Bukan apa, apa yang Khai tegur untuk kepentingan kita bersama juga. Kalau Nuffnang bungkus sebab advertiser xnak beriklan dekat Nuffnang lagi camne? Ternganga secara berjemaah la kita beb..

Ok. Enough membebel. Ni aku nak share tips yang aku lakukan untuk menjana pendapatan sampingan daripada Nuffnang. Sebenarnya, lebih kepada tips secara xlangsung la, bukannya bila buat terus earning bertambah. Hihi
Selalu berinteraksi dengan Nuffnang
Berbaik-baiklah dengan Robb Chew iaitu staff Nuffnang bahagian Blogger Relations. Mengikut pengalaman aku, segala soalan akan dijawab dengan baik walaupun ada soalan yang aku tanya tu agak remeh dan xberkaitan dengan blog sangat. Hoho

Ubah jawapan untuk survey Nuffnang
Cara ini x diyakini sangat berjaya, tapi aku just buat je. Haha. Setiap 1-2 bulan sekali aku akan update survey Nuffnang mengenai blog aku. Aku akan ubah bahagian blog kita fokus tentang apa, apa kategori iklan yang kita rasa bersesuaian untuk blog kita. Lagi satu, jangan lupa untuk blog description tu tolong la describe betul-betul. Advertiser tengok blog kita mengenai apa daripada situ kot

Dapatkan panduan & ebook daripada sumber yang dipercayai
Korang kena la jadi blogger yang rajin google dan suka explore. Belajar daripada pengalaman orang lain. Di awal pembabitan aku dengan Nuffnang, aku banyak refer post daripada NoorizamShah & juga YM dengan Topo. Selain tu, ada ramai blogger berpengalaman yang buat ebook tentang Nuffnang dan semuanya PERCUMA!
Buat lebih banyak blog
Jangan terlalu fokus kepada satu blog sahaja sebaliknya explore niche/kategori lain. Dulu, aku cuma fokus kepada blog Chokilala dan mengharap earning daripada blog ni sahaja. Tapi aku fikir xleh jadi macam ni, memang dapat duit tapi sekadar cukup makan je la
Sekadar meminjam kata-kata SmartZul di Facebook suatu masa dahulu, sumber pendapatan ni kita boleh anggap seperti belon. Kalau pecah belon yang satu tu, kita dah xde apa-apa dah. Jadi, bersiap sedia la dengan banyak belon, supaya kalau belon itu pecah kita masih ada belon yang lain. Lebih kurang macam tu la bunyinya. Aku xpandai bermadah helah macam Kak ZZ la. Haha
Buat blog tentang content yang ramai orang cari
Blog peribadi cerita pasal harini korang pergi mana, harini korang makan apa memang xberapa nak laku melainkan korang artis ataupun at least korang Hanis Zalikha. Kalau nak trafik letup-letup, buat la blog berkaitan hiburan. Hoho. Nuffnang is all about TRAFFIC, TRAFFIC & TRAFFIC! More traffic = more income. Unless you’re a celebrity blogger, dapat la buat advertorial kan? Hehehe
P/S : Blogger yang blogging pasal peribadi jangan marah ye. Maksud aku, contohnya bandingkan content Chokilala dengan content OhArtis. Jauh panggang daripada api kan? Sama juga dengan earning yang terhasil. Itu yang aku cuba sampaikan dalam point di atas. Hihi

Target pengunjung blog daripada Malaysia
Nuffnang lebih suka kalau pengunjung blog itu datang daripada trafik tempatan. Kenapa? Sebab mudah untuk dia target pengiklanan. Contohnya, ketika post ini ditulis ada kempen daripada syarikat penerbangan MAS menari-nari di sidebar & juga kempen DiGi
Cuba kalau korang ni orang luar, mesti fikir amende la pula DiGi ni kan? So, get what I mean? Oleh sebab itu juga la, Nuffnang xkasi kita pasang ads from other South East Asia rival company seperti Advertlets & Innity. Jadi, hasilkan content blog yang bersifat ‘Malaysia’ atau serantau

Dipetik dari: http://www.chokilala.com/nuffnang/tips-meningkatkan-pendapatan-nuffnang-dengan-cara-yang-betul/

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Followers

LinkWithin

Categories

Anak (3) Automotif (7) Bayi (10) Berbelanja (3) Bisnes (4) Blog (7) Blogger (2) Cinta (4) Emosi (1) Fesyen (2) Haiwan (4) Hubungan (10) Ibubapa (11) Iklan (1) Internet (4) Islam (1) Isteri (3) Keagamaan (1) Kecantikan (18) Keluarga (8) Kemahiran (1) Kerja Rumah (2) Kerjaya (4) Keselamatan (1) Kesihatan (39) Kewangan (3) Komputer (4) Laman web (4) Lelaki (3) Makanan (6) Memancing (2) Memandu (5) Mental (1) Motivasi (1) Outdoor (1) Panduan (1) Pekerjaan (2) Pelajar (3) Pelancongan (3) Penampilan (4) Pendidikan (4) Pengiklanan (1) Perasaan (1) Perhubungan (3) Perkahwinan (1) Permainan (1) Pertanian (1) Pertukangan (1) Petua (5) Rambut (3) Remaja (1) Rohani (1) Rumah (2) Tanaman (1) Teknologi (2) Telefon (1) Tidur (3) Tips (15) USB (1) Wanita (10) Wayang (1)

Tips dan Petua Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template